بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

SIAPAKAH PEROMPAK SEBENARNYA..
( Saja suka-suka, relaxkan fikiran.. )

Semasa kes rompakan di sebuah bank.
Perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! 
Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa adalah kepunyaan anda sendiri..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

## Ini dipanggil "BERFIKIR DI LUAR KOTAK." - Berfikr lain daripada yang lain..


Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, 

perompak menjerit kepadanya:
"Tolong bersopan sikit! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

( INI DIPANGGIL SEBAGAI "PROFESIONAL." - FOKUS HANYA PADA APA YANG ANDA DILATIH UNTUK MELAKUKAN! )

Apabila perompak bank kembali ke rumah,
perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata:
"kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

## Ini dipanggil "PENGALAMAN." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas...

Selepas perompak telah beredar,
pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. 

Tetapi penyelia berkata kepadanya:
"Tunggu Mari kita ambil 10 juta daripada bank untuk diri kita sendiri dan tambah lagi 70 juta untuk kita langsaikan hutang!".

( INI DIPANGGIL "INOVATIF." - MENUKAR KEADAAN TIDAK MENGUNTUNGKAN UNTUK KEUNTUNGAN ANDA! )

Penyelia berkata:
"Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

## Ini dipanggil "BERPANDANGAN JAUH." - Merancang masa depan selangkah lebih awal...


Keesokan harinya,
berita TV melaporkan bahawa 100 juta telah diambil dari bank.
Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu:
"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

## Ini dipanggil  "PENGETAHUAN" - Pengetahuan kunci kejayan hidup...

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira
kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

## Ini Dipanggil  "SAMBIL MENYELAM MINUM AIR." - Mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang ynag lain...



Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

No comments: