بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Friday 31 August 2012

KATA PEMERI



  1. Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan
                       frasa-frasa utama dalam ayat.
  1. Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat. Oleh itu, kata pemeri ini dikenali sebagai kata penegas juga.
  2. Kata pemeri yang biasa digunakan adalah dan ialah.
  3. Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Pemeri
Penerangan
Ayat Contoh

ialah
Digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa nama.
1   Rumah banglo mewah ini ialah rumah  Datuk Hamzah.
2   Bungkusan hadiah itu ialah daripada kenalan barunya itu.
adalah
Digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif.
1   Eda adalah anak emas kepada  pasangan Datin Lily dan Dato’  Munir.
2   Tujuan malam amal itu diadakan  adalah untuk mengutip derma   bagi mengisi tabung bantuan pesakit jantung berlubang.


  1. Untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif, hanya kata pemeri adalah saja yang paling sesuai digunakan.

           Contoh:
    1. Penerangan yang diberi oleh penceramah pada malam itu adalah  jelas sekali.
    2. Kiraan yang dibuat oleh juruwang itu adalah tepat sekali.
  1. Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
    1. Kesalahan menggunakan kata pemeri ialah untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif dalam ayat.

          Contoh:

    a)   Kebanyakan huruf pada helaian buku itu ialah kabur. (X)
    b)   Kebanyakan huruf pada helaian buku itu adalah kabur. (√)

  1. Kesalahan menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan
kesungguhan    pada makna frasa kerja dalam ayat.

         Contoh:

    a)   Adalah diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato pada tahun ini ialah Saudara Shahrir Arman. (X)
    b)   Dengan ini diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan  pidato pada tahun ini ialah Saudara Shahrir Arman. (√)



LATIHAN MENGIKUT ARAS
(Jawapan disediakan selepas soalan akhir)


ARAS RENDAH

A.         Pilih jawapan yang betul.

01.       Hari ini ialah hari jadi Ahmad.

A.      Betul
B.      Salah

02.  Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
 
A.        Betul
B.        Salah

03.  Harga barangan yang dijual di pasar raya  itu adalah berpatutan. 

A.    Betul
B.    Salah

04.  Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.

A.    Betul
B.    Salah

05.  Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.

A.    Betul
B.    Salah


06.  Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara  
       Masyiroh Taib.

A.    Betul
B.    Salah

07.  Tuduhan itu ialah palsu.

A.    Betul
B.    Salah

08.  Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.

A.    Betul
B.    Salah

09.  Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.

A.    Betul
B.    Salah

10.  Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.

A.    Betul
B.    Salah

B.         Pilih kata pemeri yang sesuai.


  1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.

  1. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam

  1. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua (  adalah , ialah ) terlalu panjang.

  1. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja

  1. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.

  1. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.

  1. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah )  rumah Pak Abu.

  1. Suara guru itu  ( adalah ,ialah ) tidak  jelas.

  1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu  (adalah , ialah ) tidak tepat.

  1. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.


ARAS SEDERHANA


BAHAGIAN A

Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1.    Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia  dengan Soy Rich.
2.    Ayahnya _______________seorang bekas polis.
3.    Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4.    Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
5.    Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah ini.

BAHAGIAN B
Arahan: Padankan subjek dan predikat di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Pilih dan masukkan kata pemeri yang sesuai.
ialah         adalah
1. Rumah itu _____________________________________________
2. Perempuan itu __________________________________________
3. Kereta yang baru lalu tadi _________________________________
4. Hari ini ________________________________________________
5. Mengkritik itu ___________________________________________


rumah sepupu saya

kakak saya

milik pengetua sekolah ini

hari pertama saya ke IPT

mudah




BAHAGIAN C

Pilih jawapan yang betul.

1.     "   Adalah diumumkan bahawa hari esok cuti umum," kata pengetua.
           
A.         betul
            B.         salah

2.         Encik Ahmad adalah orang yang pertama tiba di garisan penamat.
           
A.         betul
            B.         salah

3.         Punca kebakaran itu adalah daripada kelalaian manusia.
           
A.         betul
            B.         salah

4.         Hadiah yang saya beli semalam adalah untuk Ani.
           
A.         betul
            B.         salah

5.         Bangunan di bandar raya New York adalah tinggi-tinggi belaka.
           
A.         betul
            B.         salah

6.         Harga kereta yang dibeli oleh Ali semalam adalah murah.
           
A.         betul
            B.         salah

7.         Rumput di tepi kolam itu ialah hijau-hijau belaka.
           
A.         betul
            B.         salah

8.         Perbelanjaan kami sekeluarga pada bulan puasa adalah sangat tinggi.
           
            A.         betul
            B.         salah

9.         Wang yang ada pada saya ini ialah wang baki simpanannya.

            A.         betul
            B.         salah

10.       Kereta solar yang dipertandingkan itu ialah ciptaan sekumpulan mahasiswa           UTM.

            A.         betul
            B.         salah



ARAS TINGGI



Bahagian A
Pilih jawapan yang menggunakan Kata Pemeri yang betul.


1.
A.    Hari ini ialah hari Rabu

B.    Aminah adalah adik Hasan

C.    Mereka adalah musuh kita.


2.
  1. Baju yang berwarna merah itu ialah baju baru saya.
  2. Tambang teksi itu adalah RM2.
  3. Guru kelas saya adalah Puan Laili.

3.
  1. Lagu ini ialah ditujukan kepada penghuni Asrama Melor.

B.    Pameran ini adalah amat berfaedah.
C.   Hidangan itu ialah mengiurkan.

4.
  1. Adalah cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor kepada penghuni Asrama Melor.
B.    Adalah dinasihatkan supaya pelajar lebih berhati-hati apabila berada di dalam makmal.
C.    Matlamat saya menyertai kursus ini adalah untuk menjadi seorang pakar komputer.


5.
  1. Sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada minggu hadapan.
  2. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa saya merujuk kepada perkara di atas.
  3. Para pendidik ialah tonggak negara dalam melahirkan generasi bijak pandai.

6.
A.    Dia adalah adik saya.
B.    Kemalangan itu ialah disebabkan oleh jalan raya yang licin.
C.   Rumah Ahmad ialah rumah yang terbesar di Taman Cempaka.

7.
A.    Rumah itu adalah rumah yang telah dibeli oleh Yusri pada minggu lepas.
B.    Badan yang sihat ialah lebih berharga daripada segunung intan.
C.   Pemandangan yang cantik di tepi laut itu ialah faktor utama menarik ramai pelancong ke situ.

8.
A.    Malapetaka yang baru berlaku itu adalah amat sukar dipercayai.
B.    Ini bukan orang lain tetapi ialah daripada kaum kerabatnya juga.
C.   Kesilapan teknikal yang berlaku adalah penyebab utama kemusnahan tersebut.
9.
A.    Lembu Brahman ini ialah lebih sesuai diternak di Australia.
B.    Bayaran yang dikenakan untuk menghadiri majlis makan malam tersebut ialah sebanyak RM40.
C.   Adalah menjadi kesalahan besar sekiranya kita melindungi pendatang tanpa izin di rumah kita.


10.
A.    Antara aktiviti yang dirancang pada hari terbuka itu ialah pameran, jualan dan permainan.
B.    Penyebaran virus antrax ialah tidak membimbangkan di Malaysia.
C.   Senjata yang digunakan oleh tentera Amerika ialah lebih canggih berbanding senjata tentera Afghanistan.



BAHAGIAN B

Pilih penggunaan kata pemeri yang betul.

1.            A. Ibu negeri Perak adalah Ipoh.
B. Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.
C. Kereta Toyota adalah kereta import.
D. Azim dan Aiman adalah kawan baik Jamal.

  1.       A.   Baju berwarna ungu itu ialah hadiah sempena hari jadinya.
    1. Saloma adalah seorang seniwati yang terkenal kerana lakonannya amat diminati ramai.
    2. Baginda adalah sultan yang termuda di negara ini.
    
  1.       A.   Mutusamy adalah seorang murid yang aktif dalam sukan.
    1. “Zaman ini ialah zaman siber,”kata kakak kepada adik.
    2. Kereta keluaran negara kita adalah Proton Wira.

  1.       A.   Pulau Tioman ialah antara sepuluh buah pulau yang terindah                    
                  di dunia.
    1. Pulau Redang dan Pulau Perhentian adalah dua pulau yang terkenal di Terengganu.        
    2. Kempen itu diadakan adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang 
      pentingnya menjaga alam sekitar.

  1.         A.   Mereka ialah pasangan yang amat sesuai.
      B.   Berkhemah di tepi pantai ialah tidak selamat.
                  C.  Suntikan pelali diberikan ialah untuk mengurangkan kesakitan.




JAWAPAN;

Aras Rendah
Bahagian A

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
A
B
A
B
A
B
B
A
A
B

Bahagian B

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
ialah
adalah
adalah
ialah
adalah
adalah
ialah
adalah
adalah
ialah

Bahagian C

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
B
B
A
A
A
A
A
A
A
A

Aras sederhana

BAHAGIAN A
1.         adalah
2.         ialah
3.         adalah
4.         ialah
5.         adalah

BAHAGIAN B

1.     Rumah itu ialah rumah sepupu saya.
2.     Perempuan itu ialah kakak saya.
3.     Kereta yang baru lalu tadi adalah milik pengetua sekolah ini.
4.     Hari ini ialah hari pertama saya ke IPT.
5.     Mengkritik itu adalah mudah.

Aras tinggi

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
A
A
B
C
C
C
C
A
B
A
01
02
03
04
05
B
A
B
C
A

No comments: