بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Friday 31 August 2012

KATA PENGGUAT



  1. Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.
  1. Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
     3.    Penggunaan kata penguat:

Jenis
Penggunaan dan Contoh
Ayat Contoh

Kata penguat hadapan
Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat.
Contoh: agak, paling dan terlalu
1. Fikirannya agak buntu apabila 
memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.
Kata penguat belakang
Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: benar, betul, nian dan sekali
1. Petah nian pelajar itu berpidato.
2. Sukar sekali baginya untuk  memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.
Kata penguat bebas
Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: amat, sangat dan sungguh
1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu  sangat panjang.
   b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu panjang sangat.
2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh menarik.
   b) Potongan badan peragawati itu menarik sungguh.

4.    Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah.

       Contoh:

            1.a)   Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X)
               b)   Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)
            2.a)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X)
               b)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)
5.    Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja.

       Contoh:

               a)   Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X)
               b)   Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√)
               c)   Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)

6.    Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat seperti yang berikut:-
      
A.    Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter.

          Contoh:

              a)  Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di  dalam kelasnya. (X)
              b) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)
           
B.    Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat.
          Contoh:
   a) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang  ramai. (X)
   b) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang  ramai. (√)
   c)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang ramai. (√)


LATIHAN MENGIKUT ARAS
(Jawapan Disediakan selepas soalan akhir)

ARAS RENDAH


1
______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.


A
Nian
B
Benar
C
Sekali
D
Terlalu

           
2
Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.

A
betul
B
benar
C
sekali

D
paling

           
3
Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.

A
paling
B
sekali
C
benar
D
betul


4
Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.

A
nian
B
agak
C
betul
D
benar


5
Arumugam merupakan  penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

A
paling
B
sekali
C
betul
D
nian


6
Tulisan Sulaiman  _________ cantik dan kemas.

A
sungguh
B
sekali
C
benar
D
nian


7
Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.

A
amat
B
betul
C
benar
D
sekali


8
Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.

A
betul
B
benar
C
sekali
D
sangat


9
Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.

A
paling
B
sekali
C
betul
D
nian


10
“ ________ cantik pemandangan  yang kamu lukis ini,” puji Halim kepada Zainal.

A
Sungguh
B
Sekali
C
Betul
D
Nian


11
Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.

A
sekali
B
betul
C
amat
D
nian


12
Suhu di dalam bilik hotel ________ sehingga saya menggigil.

A
terlalu
B
sekali
C
betul
D
nian


ARAS SEDERHANA



1
Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.

A
agak
B
sekali
C
paling


2
Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.

A
agak
B
paling
C
sekali


3
Antara murid  Tahun 6 Rajin, Murni  yang tinggi ___________.

A
paling
B
sekali
C
agak


4
Kopi yang dibancuh oleh Ros  manis_________rasanya.

A
agak
B
benar
C
terlalu
D
paling


5
Pesawat itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.

A
paling
B
sekali
C
agak



6
Tulisan tangan Salina   cantik dan kemas_________.


A
terlalu
B
paling
C
benar
D
agak

Soalan 7 dan Soalan 8

Semua jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali

7
Cerita yang dikarang oleh Murally itu menarik _________ .

A
amat
B
betul
C
agak
D
sekali


8
Rasa buah durian tembaga sedap _________.

A
agak
B
benar
C
sekali
D
sungguh


9
Pintar __________Sang Monyet  kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.

A
sungguh
B
terlalu
C
paling
D
agak

10
“Cantik ________ gambar  yang kamu lukis ini,” puji Halim kepada Zainal.

A
terlalu
B
paling
C
benar
D
agak

11
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.

A
agak
B
betul
C
paling
D
terlalu


12
Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.

A
amat
B
agak
C
paling



ARAS TINGGI


Soalan 1 hingga Soalan 6
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.


1
A
Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
B
Sungguh kurang sopan perangai kamu.
C
Betul kurus kamu sekarang.


2
A
Gulai  kepala ikan yang emak masak enak betul.
B
Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
C
Datuk dan nenek amat gembira apabila cucunya pulang ke kampung.


3
A
Perangai budak-budak itu baik sekali.
B
Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
C
Pahlawan Melayu yang handal nian ialah Hang Tuah.


4
A
“Awal terlalu kalian sampai pagi ini,” kata Encik Ali kepada anak buahnya.
B
“Mengapakah agak lambat awak ke sini?” tanya Encik Tan kepada  Swee Meng.
C
“Siti paling cantik di mata para peminatnya,” jelas seorang peminat kepada seorang wartawan hiburan.

5
A
Ramai sekali pengunjung berkelah  di Teluk Batik.
B
Makanan yang dijual di gerai itu nian murah dan sedap.
C
Bangunan itu adalah yang tinggi sekali di bandar Teluk Intan.
D
Sukar benar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.


6
A
Anak kucing itu sangat comel.
B
Suara penyanyi popular itu betul merdu.
C
Nani berasa amat lega kerana semua kerjanya telah siap.
D
Rasa buah mangga muda itu kelat sungguh.


Soalan 7 hingga Soalan 12
Pilih ayat-ayat yang yang  betul.

7
I    
Cuaca pada hari ini panas betul.
II
Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III
Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV
Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.

A
I dan II
B
III dan IV
C
I, II dan III
D
I, III dan IV


8
I    
Ruang bilik ini sangat sempit.
II
Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III
Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV
Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut  terlalu.

A
I dan II
B
III dan IV
C
I, II dan III
D
I, III dan IV


9
I    
Betul cantik tulisan kamu.
II
Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian ayah.
III
Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat  membantu saya.
IV
Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi.

A
I dan II
B
II dan III
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV



10
I    
Comel nian anak kucing ini.
II
Nian gemuk badan awak sejak kebelakangan ini.
III
Mengapakah mahal sangat baju kegemaran saya ini?
IV
Mengapakah lambat agak awak mula mengulang kaji pelajaran?

A
I dan III
B
III dan IV
C
I, II dan III
D
I, III dan IV

11
I    
Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II
Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III
Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV
Amat berasa sedih amat apabila gagal menyertai pasukan badminton sekolah.

A
I dan II
B
III dan IV
C
I, II dan III
D
I,II, III dan IV


12
I
Chef Ali merupakan tukang masak yang handal paling di hotel itu.
II
Kenapakah mahal sangat harga ikan di pasar malam itu?
III
Comel sungguh bayi perempuan Puan Lim itu.
IV
Alahai, sungguh malangnya nasibku ini!

A
I, II dan III
B
I, III dan IV
C
II, III dan IV
D
I, II, III dan IV



JAWAPAN :

Aras Rendah

1
D
2
D
3
A
4
B
5
A
6
A
7
A
8
D
9
A
10
A
11
C
12
A


Aras sederhana

1
B
2
C
3
B
4
B
5
B
6
C
7
C
8
A
9
A
10
C
11
B
12
A


Aras Tinggi

1
C
2
B
3
B
4
A
5
B
6
B
7
D
8
D
9
D
10
A
11
D
12
D






No comments: