بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Sunday 13 October 2013

Terkadang apa yang kita fikirkan TIDAK SEJALAN dengan apa yang kita lalukan...


Apa yang kita lakukan hari ini, merupakan kunci kebaikan ataupun juga kehancuran hari esok. Lakukanlah yang terbaik untuk hari ini...


Tiada peraturan yang mengatakan gagal hari ini akan gagal selamanya..


Jadikan kegagalan hari ini sebagai semangat untuk terus berusaha untuk masa akan datang.




Sesungguhnya ALLAH 

sudah tentukan yang terbaik untuk kita semua 

selagi kita sentiasa mengingati-Nya...

Saturday 12 October 2013

SIAPA KITA...

POKOK DAN MANCIS


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak,oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar..


Kita mempunyai kepala, dan juga otak,jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.Ketika burung hidup, ia makan ulat,Ketika burung mati, ulat makan burung.


Waktu terus berputar sepanjang zaman.
Kitaran kehidupan terus berlaku.
Jangan merendahkan siapapun dalam hidup,
bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.


Waktu kita sedang berjaya,
kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting,
jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia..



Hidup tidaklah lama,
sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi,
juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat..
Believe in "Cause and Effect"
Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .
Wassalam…

SETIAP KEGAGALAN MEMATANGKAN KITA..

KATAK OH KATAK..
Sekumpulan katak
berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu,
akibat tidak berhati-hati ketika melompat..

Mereka melihat kedalaman perigi tersebut, ternyata ia sangat dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.
“Kamu tawakal sahajalah, mungkin itu nasib kamu!”
Jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu..
“Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak yang lain.
“Itulah kamu, kenapa cuai sangat ketika melompat, itulah padahnya”, 
kata katak yang lain..

Namun
kedua-dua ekor katak tersebut tetap berusaha untuk naik ke atas
dengan melompat dan ternyata masih gagal.
Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya MEMBUNUH HARAPAN mereka..

Setelah agak lama mencuba,
salah seekor katak telah berputus asa.
Badannya sakit-sakit dan lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula makin lemah.
Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi..

Ditambah pula semangat lumpuh
dek kata-kata yang membunuh semangat mereka.
Tidak berapa lama kemudian katak tersebut mati.
Kumpulan katak-katak hanya mampu melihat dari atas.
Melihat rakannya yang telah mati,
katak seekor lagi meneruskan lompatan..

“Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati?
Kamu pun akan menyusul sama, Simpan saje tenaga yang kau ada.
Buat kali terakhir, kamu mahu makan apa?
Nanti kami sediakan untuk kamu.”
Kata katak-katak dari atas..

Namun katak itu tidak mempedulikan kata-kata kawanya itu.
Dia terus melompat.
Akhirnya seperti ada satu semangat baru,
katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar..

Takjub melihat apa yang berlaku,
seekor katak menemu ramah :
“Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima hakikat yang mungkin kamu jua akan tetap mati?”

“Sebenarnya telinga saya kurang dengar ( pekak ).
Saya ingatkan kamu semua MEMBERI SEMANGAT kepada saya untuk terus melompat.
saya melihat mulut kamu menjerit sesuatu,
seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha untuk keluar.”


Semalam kita MERANGKAK,
pagi ini kita berjalan, belum tentu KITA AKAN BERLARI di esok hari..
Hitam tak selamanya hitam,
kadang kala akan memutih seperti rambut yg mulai beruban…

FALSAFAH HIDUP...

FALSAFAH HIDUP..
Selagi bernyawa, selagi celik mata..
dunia pembelajaran akan TERUS BERJALAN, beroperasi; diwacanakan tanpa henti..

Begitu juga di dalam mukabuku.
Proses pembelajaran akan bermula dengan satu klik di jari.
Terpulang kepada kita untuk MEMANFAATKANNYA
Baru tiada jemu di hati..

Insya Allah,
Semoga mampu menjaga hati untuk TIDAK MUDAH MELUKAI...


KEBAHAGIAAN YANG DICARI..

KEBAHAGIAAN YANG DICARI...


Aku akan terus MENCARI dan MENCARI
akan APA SEBENARNYA sebuah kehidupan...


Sebuah kebahagian itu sampai bila pun sehingga aku benar-benar temui jawapannya...
Esok mentari berkunjung
Melelapkan malam yang hiba
Tunggu dan ucapkan syukur pada-Nya
Lanjutkan lembaran waktu itu hingga waktu lenyap dalam kepatuhan kepada Tuhan...

HIDUP INI SINGKAT UNTUK MERASA MENYESAL..

HIDUP INI SINGKAT UNTUK MERASA MENYESAL..


Kehidupan kita ini
sebenarnya terlalu singkat untuk dinikmati dalam penyesalan.
Malah, kita akan berasa rugi sentiasa dan akhirnya,keluhan yang akan menjadi sahabat setia kita..


Sahabat,
kita harus bersedia
untuk mempelajari sesuatu bagi memaknakan kehidupan ini,
dan sentiasa mahu untuk belajar daripada kesilapan.
Usah dibiarkan rasa penyesalan itu menjadi bayang-bayang yang sentiasa mengikut kita..


Pejam mata,
fikirkan kemahuan dan impian kita.
Jayakan ia sebagaimana kecil dahulu, kita riang sebagai seorang kanak-kanak. Kita bebas dan mahu menjadi apa sahaja.
Kita berasa amat hebat kerana sentiasa mencuba dan mencuba..


Bergeraklah daripada rasa penyesalan kita di dalam hidup yang amat singkat ini.
Berusaha dengan perancangan, teliti dalam pelaksanaan,
insyaAllah akan membantu kita meninggalkan rasa penyesalan jauh ke belakang..
Dari situ,
kita akan menemui simpang baru dalam kehidupan,
jalan yang tenang untuk kita lalui dalam usaha mencari kedamaian abadi..


Sahabat, Yakinlah...
berhentilah menghukum diri sendiri daripada rasa yang boleh membunuh hati untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur.
Manfaatkan setiap detik nadi kita sebagai abdi kepada Tuhan..


Percayalah...
apabila anda merasakan segar pada setiap hari baru,
merasainya panasnya bahang mentari,
kita sebenarnya diberi rahmat untuk mempunyai keupayaan menghadapi hidup pada hari baru dan menariknya,
dengan setiap masa yang ada,
KITA mempunyai pilihan untuk meninggalkan masa lalu yang merugikan di dalam hidup setiap diri kita...


Yakinlah... KITA sebenarnya boleh ...

SENYUMAN KITA MASIH BERHARGA..

SENYUMAN KITA MASIH BERHARGA..


Cita-cita dan tujuan kita satuuntuk menuju KE PENAMAT yang paling mengembirakan..Namun di dalam perjalanan
kita akan menghadapi PELBAGAI RINTANGAN dan cabaran
Andainya tidak mampu meneruskan,
kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dimiliki lain..


Tetapi tak usak kecewa,
walaupun hadiahnya tidak diperolehi tetapi keseronokkannya kita sudah rasa
Jadi bercintalah sepenuh hati
Namun jangan letakkan HARAPAN YANG TERLALU TINGGI..


Dalam kehidupan kita ini
sering kita diberi PELBAGAI PILIHAN untuk memilih sesuatu perjalanan hidup
Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang diinginkan
Kadang kita salah membuat perhitungan
sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..


Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu
dan MEMBUAT KEMBALI PILIHAN yang terbaik, seolah kita mempu mengubahnya.
Mampu untuk mencoraknya, sesuai dengan kamahuan kita..


Tidak percayakan kita pada RUKUN IMAN, PERCAYA QADA DAN QADAR
Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu
Kadang kesilapannya dalam memilih sesuatu keputusan yang berat
yang telah mengubah masa hidupnya.
Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.
Tak perlu KITA BICARAKAN apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..


Yang mana kini
Berdiri kita sekarang DALAM REALITI
Bukan dalam bayang-bayang sendiri
Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri
umpama seseorang yang tiada pegangan diri mengejar impian..
Berhenti menangis sesuatu suratan yang berlalu
Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya
Usah dikenang salah lama dan terus menghantui DALAM MASA DEPAN…



MENCARI KERDIPAN YANG HILANG..

MENCARI KERDIPAN YANG HILANG..
Kadangkala
Kita terpaku mencari jawapan kehidupan
Berlari dan terus berlari
Mengharap penghujung yang sejati
Tercungap-cungap mencari nafas ketenangan hakiki..


Lantas kita berhenti sebentar
Refleksi diri yang kian gentar
Bertanya semula kepada kalbu yang keletihan..

Apa yang engkau lari-larikan ?
Apabila hakikatnya
Kebahagiaanmu tersuluh di depan mata
Kemuliaaanmu terpancar hatta di celah-celah kota
Dirimu sentiasa menanti masa..

MENCARI DAN TERUS MENCARI…

JIWA KOSONG TANPA KETENANGAN..

Apabila merasa jiwa kosong dan terasa amat sunyi 
maka kehidupan UMPAMA LORONG DUKA LARA
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan
memberi KESAN YANG MENDALAM pada satu hakikat kehidupan
pada satu keyakinan di dalam jiwa, sedang hati itu kian menjauh..

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia
hanya MEMBIARKAN DIRI kita menjadi tanda tanya
Siapa yang merasakan kesengsaraan yang ditanggung ???
Siapa yang mengerti akan persaaan yang dilalui…???

Jiwa adalah SARANG KEBAHAGIAAN
taman ketenangan dengan SERIBU JANJI senyuman
memberi satu laluan yang tiada penatnya
bagai sungai jernih yang mengalir laju ke laut
bagai deruan ombak yang tak henti-henti membadai pantai..

Kemanakah hilangnya NIKMAT SATU PENGHIDUPAN yang menjanjikan bahagia ?
Dari manakah datangnya KEPUASAN jika diri hanya memeluk tubuh menenti tibanya kebahagiaan ?

Kita tetap manusia
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa agar diri mengenal erti TAKUT DAN TUNDUK
kerana takut itulah yang akan mengajar erti keberanian
dan tunduk itulah yang mengajar erti ketinggian..

Mengerti akan SAKIT DAN BAHANA jika TERGELINCIR JATUH…

Sekadar renungan DALAM BANYAK YANG HADIR SEKADAR MENYAPA PASTI AKAN ADA YANG HADIR UNTUK MENYULAM BAHAGIA DENGAN KITA BUAT SELAMANYA

Kadang-kadang
ada yang datang menawarkan KEBAHAGIAAN
Walaupun TERKADANG juga memberikan kita kekecewaan..


Kadang-kadang
ada yang hadir SEKADAR mencuba dan menyapa
dan akhirnya akan berlalu pergi..
Tetapi
ada pula yang sampai JAUH MELANGKAH..

Kadang-kadang
ada yang hadir dalam sekejap saja,
Kadang ada yang cukup lama bersama kita..
ada yang datang silih berganti
meninggalkan kenangan yang indah dan terkadang kenangan yang memeritkan..


Namun yakin dan percayalah..
Akan ada seseorang yang datang dan akan MENETAP DI HATI sepanjang hidup kita
Adakalanya ALLAH sengaja membiarkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah..
Sebelum akhirnya mempertemukanmu kita dengan orang yang tepat..

Adakalanya kita mencintai orang yg salah,
dan kita menderita kerananya.
Namun kerana kesalahan itu, kita belajar dan menemukan orang yang tepat...


PILIHAN DITANGAN KITA..

Dalam perjalanan hidup ini 
seringkali kita merasa kecewa..
Sesuatu yang luput dari genggaman, 
keinginan yang tidak tercapai
dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan..


Dan sungguh sangat beruntung
andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa,
masih ada SETITIK CAHAYA dalam kalbu untuk merenungi kebenaran…

TIKA MENANGIS ITU SATU PILIHAN..

Menangis dan merasakan kesedihan 
bukanlah bererti kita hilang akan harapan
Dan menidakkan satu suratan
Jauh sekali untuk menjadikan kita PUTUS ASA dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punya rasa
yang tersimpan di dalam lubuk hati
Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku-liku perjalanan kita.
Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam PENINGKATAN KEMATANGAN umur kita
Hati kita kadang merasa amat sakit dan kecewa
akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata
mahupun dengan GAYA PENULISAN..TIKA MENANGIS ITU SATU PILIHAN..

Menangis dan merasakan kesedihan
bukanlah bererti kita hilang akan harapan
Dan menidakkan satu suratan
Jauh sekali untuk menjadikan kita PUTUS ASA dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punya rasa
yang tersimpan di dalam lubuk hati
Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku-liku perjalanan kita.
Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam PENINGKATAN KEMATANGAN umur kita
Hati kita kadang merasa amat sakit dan kecewa
akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata
mahupun dengan GAYA PENULISAN..

Sesekali menangis,
hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya
yang lemah dan kerdil
Dan turut menginsafi kita akan luka-luka di dalam LIKU PERJALANAN kita..

Sesekali menangis
jiwa kita didik dengan indahnya sabar dan rehda…
Yakin dan percaya akan ketentuanNya
Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..
KERANA TANGISAN ITU PENGUBAT HATI YANG TERSENTUH..


Sesekali menangis,
hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya
yang lemah dan kerdil
Dan turut menginsafi kita akan luka-luka di dalam LIKU PERJALANAN kita..

Sesekali menangis
jiwa kita didik dengan indahnya sabar dan rehda…
Yakin dan percaya akan ketentuanNya
Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..


KERANA TANGISAN ITU PENGUBAT HATI YANG TERSENTUH..

AKU DAN KEHIDUPAN...

Kadang-kadang 
hidup kita BUKAN SEMUDAH berkata-kata
kadang-kadang juga kita tidak selalunya betul,
ada saatnya juga kita tergelincir dalam hidup
ada saat kita melangkah dengan gagah tersenyum dengan megah..


tapi ingat dunia ini selalu berputar
jangan terlalu mendongkak ke langit hingga lupa memandang kebawah..

tapi usah bimbang
selagi PRINSIP KITA di landasan yang benar
usah digusar atau bimbang dengan ujianNYA
anggaplah sesekali kita diujiNYA
adalah tanda kasih sayangNYA kepada kita
untuk mematangkan kita sebagai hambanya...


KITA SATU TUJUAN, SATU MATLAMAT..


Sesungguhnya kita hadirkan diri
dalam satu jama'ah adalah satu tujuan
dengan hati yang terbuka
untuk diisikan dengan pengisian yang sahih
untuk disampaikan kepada masyarakat
yang sekian lama untuk mencari cahaya illahi...

kitalah yang akan membimbing mereka...
kitalah yang akan memimpin mereka...
kitalah yang akan mendorong mereka...
untuk mendapatkan cahaya yang mereka cari selama ini..

ibarat satu teko yang diisikan dengan air yang putih lagi jernih
justeru...
dicurahkan pada setiap cawan-cawan yang ada...

kita ibarat teko itu
yang diisikan dengan tarbiyyah yang disampaikan oleh murabbi kita...
dan masyarakat yang ada diluar sana
adalah cawan-cawan yang sedia menadah tangan
untuk menerima
agar dapat berjalan diatas jalan
yang dipenuhi cahaya iman dan taqwa...


AKU BUKANLAH YANG TERBAIK..

Nasihat diberi kerana dalam hati kita masih ada rasa SAYANG bukan KEBENCIAAN...


Namun 
andai nasihat dianggap SEBAGAI PENGANGGU
maka auditlah semula hati dan pendirian serta iman kita masing-masing...
(buat peringatan diri dan keapada semua yang sudi..)


LAKARAN KEHIDUPAN
USIRKAN KEKOSONGAN DARI DIRI KITA..

Sebuah perjalanan yang tidak tahu di mana penghujungnya…
Hidup ini bukanlah semudah yang disangkakan..
bukan juga sesenang yang dirasakan..



Apa yang penting,
menolak SEGALA RASA LUKA lalu bangkit semula dengan hidup baru..
semangat baru..
Kenangan…, memang ia susah untuk dikikis dari ingatan..
mungkin melekat menjadi sebuah memori..

Kadang-kala,
kita TERASA EMO lalu berderet-deret ayat luka kita tulis..
kadang-kala, TERASA BENGANG..lalu berkajang-kajanglah rasa marah..
kadang-kala..KITA RASA YAKIN..lalu berkobar-kobarlah semangat kita..

Tapi berpaling kepada kenyataannya..
kita adalah manusia biasa..
yang ada pelbagai rasa..
hanya kita yang akan mengawal semua rasa itu tiap kali ia singgah kat hati kita..

Kalau kita fikir,
kitalah yang paling terluka dan sengsara
sehinggakan pernah terdetik kat hati kita dah tak sanggup untuk hidup lagi..

tetapi
sebenarnya ada orang yang lebih merana dari kita..
Kita cukup bertuah kerana kita ada family yang selalu berada di belakang kita,
kita ada kawan-kawan rapat yang sentiasa susah senang dengan kita..
dan kita ada kawan-kawan FB,
kawan-kawan blogger yang selalu memberi semangat kepada kita..

Hidup kita akan jadi lebih baik bila kita pernah tersungkur..
hidup kita akan bertambah yakin bila kita jatuh terhumban..
duri-duri yang mencakar tubuh kita memang pedih
tapi semua itu akan terubat bila kita lihat kedudukan kita sekarang..
Malah kita akan terasa megah dengan apa yang kita miliki saat ini..


Inilah hasil dari RASA LUKA ITU..

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH..

Hidup tak selalunya indah,
tetapi yang indah itu tetap segar dalam kenangan,
ingatlah walau pahit sekali pun setiap kenangan dan kehidupan yang kita lalui,
sebenarnya itu adalah penawar untuk mengajar kita mencari sesuatu yang lebih baik..


Usahlah dikesal benda yang telah pergi
dan janganlah terlalu mengharap
sesuatu yang belum pasti akan menjadi hak kita.
hati yang terluka jika tidak kembali kepada Allah akan mudah merana...
ketenangan hanya dapat dirasai dengan mencintai Allah lebih dari segala-galanya...

Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,
kemudian Dia datangkan guruh & kilat,
puas kita menangis mencari mana matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

SETIAP DUKA ADA BAHAGIA..

Dalam hidup ini 
kekadang apa yang kita inginkan tak seindah yang kita impikan..
umpamanya kita mengharapkan panas hingga ke petang..
tapi rupanya rintik hujan muncul di tengahari..




Begitu juga dengan hidup..
mungkin pada satu saat kita merasa sangat gembira dengan hidup kita..
tetapi tetiba tuhan datangkan kesedihan..
disini patutkah kita menangis atau kita hanya terima dan redha dengan ketentuan yang tuhan telah tetapkan..

Seperti kata seseorang..
masakan hidup ini hanya perlu merasa gembira..
kkdg kesedihan itu bukan tidak baik pada kita..
mungkin kesedihan itu akan mengajar kita lebih hargai hidup..
mungkin kesedihan itu akan mematangkan diri kita dalam mengharungi hidup yang ntah bila dan entah apa penyudahnya..

Hari ni aku sebagai penghuni bumi indah ciptaan yang Esa ini
sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku telah miliki..
walau jauh di sudut hati apa yang terjadi tak seindah yang aku impikan..

Namun
aku berterima kasih pada kedua orangtua ku
kerana tanpa mereka tiada aku disini
dan takkan dapat ku coretkan titipan yang tak seberapa ini untuk di kongsi hanya sebagai kenangan...

DURI-DURI KEHIDUPAN..

DURI-DURI KEHIDUPAN..

Segenap inci kehidupan kita
pasti terselit dengan ujian
adakalanya ujian itu berupa kekosongan jiwa dan hati ..

Sebenarnya
kita berjalan di atas duri-duri
berjalan tanpa selipar melangkah di atas duri-duri kehidupan
adakalanya kita terlepas oleh duri-duri itu
dan adakalanya kita terpijak duri-duri itu..

Dan
tak kala terpijak duri-duri itu
kesakitan terasa
tanpa cuba membuang duri itu
tanpa mencuba untuk tidak menempuhi ujian itu !

Setiap yang terjadi adalah ujian
CUMA KITA TAK NAMPAK..
SIAPAKAH PEROMPAK SEBENARNYA..
( Saja suka-suka, relaxkan fikiran.. )

Semasa kes rompakan di sebuah bank.
Perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! 
Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa adalah kepunyaan anda sendiri..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

## Ini dipanggil "BERFIKIR DI LUAR KOTAK." - Berfikr lain daripada yang lain..


Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, 

perompak menjerit kepadanya:
"Tolong bersopan sikit! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

( INI DIPANGGIL SEBAGAI "PROFESIONAL." - FOKUS HANYA PADA APA YANG ANDA DILATIH UNTUK MELAKUKAN! )

Apabila perompak bank kembali ke rumah,
perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata:
"kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

## Ini dipanggil "PENGALAMAN." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas...

Selepas perompak telah beredar,
pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. 

Tetapi penyelia berkata kepadanya:
"Tunggu Mari kita ambil 10 juta daripada bank untuk diri kita sendiri dan tambah lagi 70 juta untuk kita langsaikan hutang!".

( INI DIPANGGIL "INOVATIF." - MENUKAR KEADAAN TIDAK MENGUNTUNGKAN UNTUK KEUNTUNGAN ANDA! )

Penyelia berkata:
"Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

## Ini dipanggil "BERPANDANGAN JAUH." - Merancang masa depan selangkah lebih awal...


Keesokan harinya,
berita TV melaporkan bahawa 100 juta telah diambil dari bank.
Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu:
"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

## Ini dipanggil  "PENGETAHUAN" - Pengetahuan kunci kejayan hidup...

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira
kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

## Ini Dipanggil  "SAMBIL MENYELAM MINUM AIR." - Mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang ynag lain...



Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?