بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Friday 31 August 2012

STRUKTUR AYAT BETUL


ARAS RENDAH

Pilih ayat yang betul.

1
A
Encik Ram berasal daripada Teluk Intan

B
Encik Ram berasal dari Teluk Intan

C
Encik Ram berasal di Teluk Intan

D
Encik Ram berasal ke Teluk Intan

2
A
 Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

B
Jangan bersandar di dinding yang baru dicat  itu.

C
Jangan bersandar ke dinding yang baru dicat  itu.

D
Jangan bersandar dengan dinding yang baru dicat  itu.

3
A
Ayah membeli beg tangan kepada ibu.

B
Ayah membeli beg tangan dari ibu.


C
Ayah membeli beg tangan bagi ibu.


D
Ayah membeli beg tangan untuk ibu.


4
A
Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.

B
Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.

C
Tolong buang sampah ini kepada dalam tong sampah itu.

D
Tolong buang sampah ini dari dalam tong sampah itu.

5
A
Ibu menyembelih ikan keli di dapur.

B
Ibu menyiang ikan keli di dapur.

C
Ibu menjerang ikan keli di dapur.

D
Ibu memancing ikan keli di dapur.

6
A
Kakak sedang memasak nasi di dapur.

B
Kakak sedang membakar nasi di dapur.

C
Kakak sedang memanggang nasi di dapur.

D
Kakak sedang menanak nasi di dapur.



7
A
Bola itu ditendang Ronaldo.

B
Bola itu tendang oleh Ronaldo.

C
Bola itu tendang Ronaldo.

D
Bola itu tertendang Ronaldo.

8
A
Pokok pisang itu menanam ayah saya.

B
Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.

C
Pokok pisang itu tertanam ayah saya.

D
Pokok pisang itu ayah saya tanam.

9
A
Kami kena hujan semalam.

B
Kami dihujani hujan semalam.

C
Hujan semalam mengenakan kami.

D
Semalam hujan, kami kena.

10
A
Sungguh cantik kereta itu.

B
Benar cantik van itu.

C
Nian indah banglo itu.

D
Paling bijak sekali budak itu.

11.
I
Ibu pasang langsir pada tingkap rumah.

II
Pak Cik Ali menghalau anjing kurap itu.

III
Ayah pulang cepat dari pejabatnya hari ini.

IV
Budak-budak nakal itu sering berbalah.

A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
II, III dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

12.
I
Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.

II
Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.

III
Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu .

IV
Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu .

A
I dan III sahaja            

B
II dan IV sahaja

C
III dan IV sahaja

D
I,II dan IV sahaja


13.
I
Kelawar mencari makanan di malam hari.

II
Meja itu diperbuat dari kayu.

III
Tayar kereta diperbuat daripada getah.

IV
Pada hari minggu ramai pelancong berkunjung ke pulau itu.

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja

14.
I
Lori itu terbabas di dalam parit.

II
Ramli ke kedai untuk membeli beras dan kopi.

III
Buang sampah ke dalam tong itu.

IV
Telefonnya terjatuh di dalam kolam.

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja

15.
I
Beberapa  buah  rumah telah hangus dijilat  api.

II
Semua orang  murid mesti  mematuhi  peraturan di  sekolah.

III
Setiap murid terkejut apabila mendengar berita itu.

IV
Kedua anaknya telah pulang  ke tanah air.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja

16.
I
Batu karang boleh didapati di dasar laut.

II
Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.

III
Berapakah orang Greek  mula bermain bola sepak ?

IV
Pendapatannya daripada hasil padi tahun ini agak memuaskan.

A
Idan IV sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I ,II, dan III sahaja   

D
II ,III, dan IV sahaja

17.
I
Kedua-dua orang mempelai itu kelihatan berkilat-kilat di atas pelamin.

II
Salmiah membeli dua bentuk kain di pasar raya.

III
Keluarga Halim berasal dari Johor.

IV
Rumah saya terletak di Jalan Serai Murni.

A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja        

18.
I
Anak-anak Haji Mansur pandai-pandai belaka.

II
Kanak-kanak itu berlari-lari  di halaman rumahnya.

III
Semua murid-murid perlu berbaris sebelum membeli makanan.

IV
Para peserta pertandingan itu sedang menunggu giliran mereka.

A
I dan IV sahaja

B
II dan IV  sahaja

C
III dan IV sahaja

D
I, III dan IV sahaja

19.
I
Nama kamu siapa?

II
Siapakah nama kamu?

III
Nama kamu siapakah?

IV
Apakah nama kamu?

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
I, II, dan III sahaja

D
II, III, dan IV sahaja

20.
I
Mereka sampai di bandar pada pukul sebelas pagi.

II
Cikgu Haris menghantar Fazrul ke rumahnya.

III
Mereka duduk di situ daripada pagi sampai petang.

IV
Mereka baru bertolak di Ipoh.

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan III sahaja

D
II, III, dan IV sahaja



21
I
Jamal baru sahaja bertolak Kuala Kangsar.

II
Bungkusan merah ini daripada siapa?

III
Dia sukar tidur di waktu siang.

IV
Berikan ikan itu kepada kucing.

A
I dan II sahaja

B
II dan IV sahaja

C
III dan IV sahaja

22
I
Buku cerita itu ada pada Kakak Ida.

II
Aduh, cantiknya lukisan yang awak lukis!

III
Roti itu dibuat dari tepung gandum yang berkualiti.

IV
Beberapa orang pengawas sedang berdiri di bawah pokok itu.

A
II dan III sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
I  dan IV sahaja

23.
I
Cikgu Erni senyuman apabila melihat telatah budak itu.

II
Kaki Haris melecet apabila memakai kasut yang baru itu.

III
Alat membesar suara di masjid itu sudah lama rosak.

IV
Bas persiaran itu baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja

24.
I
Sekumpulan murid sedang berkawad di padang.

II
Di hujung padang itu terdapat sekawan kambing.

III
Semua murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah.

IV
Di pangkal pokok rambutan itu terdapat banyak semut hitam.

A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
I, II dan IV sahaja



25.
I
Orang tua itu berdoa agar anak-anaknya selamat.

II
Hamisah menjahit sehelai baju kurung untuk adiknya.

III
Pak cik saya sangat kaya walaupun kedekut.

IV
Hadiah ini bagi ibu saya.

A
I dan II sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
I, II dan IV sahaja

26.
I
Diakah yang kamu maksudkan?

II
Rumah banglo Encik Bakar di situkah?

III
Bilakah hari sukan sekolah kamu akan diadakan?

IV
Hari sukan sekolah kamu bila?

A
I dan III sahaja

B
II  dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
I, II dan III sahaja

27.
I
Ayah singgah di kedai itu untuk membeli sekilo kayu arang.

II
Sri Tupai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu.

III
Dia disukai oleh kawannya kerana sikapnya yang tulang ringan.

IV
Batu arang merupakan bahan bakar yang penting pada masa dahulu.

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
I, III dan IV sahaja

28.
I
Saya bencikan kelakuannya yang kurang sopan itu.

II
Adik Amalina suka akan anak patung itu.

III
Perempuan tua itu tidak nenek saya.

IV
Rumah saya dan rumah Fuad bukan di situ.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
III dan IV sahaja


29.
I
Beberapa murid sedang berbual-bual di kantin.

II
Di atas pokok itu terdapat dua burung punai.

III
Kebanyakan ikan di dalam kolam itu mati akibat keracunan.

IV
Beberapa buah rumah di kampung itu musnah akibat banjir.

A
I dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
III dan IV sahaja



30
I
Setengah-setengah murid tidak suka menyertai kegiatan kokurikulum.

II
Kamarul tersentak apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Mustaffa.

III
Berbagai jenis makanan terdapat di pasar malam itu.

IV
“Duduklah di mana yang kamu suka,” kata Rani.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
II, III dan IV sahaja



ARAS SEDERHANA


31
I
Ibu sedang bersenam di taman bunga.

II
Kelly Tan membaca buku pada bilik.

III
Lyann suka berjoging dalam halaman rumahnya.

IV
Aminah baru pulang dari sekolah.

A
I  dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
III dan IV sahaja

D
I, II,III dan IV

32
I
Mereka bermain bola ke padang.

II
Kami menyapu sampah ke  bilik kelas.

III
Ayah menanam pokok pisang  di kebun.

IV
Amin baru pergi ke sekolah.

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
III dan IV sahaja

D
II dan IV sahaja

33
I
Jangan bermain di situ.

II
Tolong letakkan pasu ini di atas meja itu.

III
Sila hantar buku-buku itu ke bilik guru.

IV
Awak daripada mana?

A
I, II dan  III sahaja

B
I, II dan IV sahaja

C
II, III dan IV sahaja

34
I
Ahmad bijak dan aktif.

II
Guna masuk ke bilik tetapi menutup pintu.

III
Rajin-rajinlah belajar supaya berjaya.

IV
Jika hari hujan, kami tidak akan bermain bola sepak.

A
I,II dan III sahaja

B
I,II dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV

35
I
Datuk Halil kaya sungguhpun pemurah.

II
Guna tidak dapat bermain hoki oleh sebab hari hujan.

III
Kami tidak dapat pergi ke Ipoh sebab bapa demam.

IV
Mimi Azura tidak hadir semalam oleh kerana sakit gigi. .

A
I dan III sahaja

B
II dan III sahaja

C
I,II dan IV sahaja

D
I,III dan IV sahaja

36
I
Dia berjalan sambil bersiul-siul.

II
Saya akan mendapat sebuah basikal jikalau lulus Bahasa Melayu

III
Awak hendak pergi ke taman atau ke tasik ?

IV
Bapa mencuci kereta sementara ibu menyapu sampah..

A
I,II dan III sahaja

B
I,II dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV


37
I
Tiga orang murid itu baik hati.

II
Tiga  murid itu baik hati.

III
Ketiga orang murid itu baik hati.

IV
Ketiga-tiga orang murid itu baik hati.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
I,II,III dan IV



38.
I
Beberapa buah rumah telah terbakar semalam.

II
Beberapa rumah telah terbakar semalam.

III
Beberapa buah rumah-rumah telah terbakar semalam.

IV
Berapa buah rumah telah terbakar semalam?

A
I, dan IV sahaja

B
I,II dan III sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV

39
I
Semua orang murid sedang beratur di kantin.

II
Semua murid-murid sedang beratur di kantin.

III
Semua murid sedang beratur di kantin.

IV
Para murid sedang beratur di kantin.

A
II dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
III dan IV sahaja

D
I,II, dan III sahaja

40
I
Kedua anaknya doktor.

II
Kedua-dua orang anaknya doktor.

III
Kedua-dua anaknya doktor.

IV
Anaknya yang kedua doktor.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan IV sahaja

D
I,III dan IV sahaja


41
I
“Harap awak dapat bersabar sehingga esok,” kata Ali kepada Jali.

II
“Jangan buang sampah-sarap itu ke dalam sungai,” kata Kak Umirah.

III
Usah bermain di tepi lombong tinggal itu kerana kawasan itu berbahaya.

IV
“Sila ambilkan ayah segelas air kopi,” kata ayah kepada kakak saya.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
II, III dan IV sahaja

42
I
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara.

II
Kak Farah menghiasi supaya kelihatan lebih cantik dan ceria.

III
Semua komputer itu adalah untuk kegunaan pejabat sahaja.

IV
Atuk menajam pisau dan parang yang baru dibelinya itu.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja


43
I
Oleh kerana ketinggalan bas Zakiah tidak pergi ke sekolah.

II
“Murid-murid yang berjaya adalah seperti yang berikut,” kata cikgu.

III
Demam denggi berdarah ialah penyakit yang sangat berbahaya.

IV
Selain daripada burger dia juga gemar akan kuetiau dan laksa.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
I,II dan IV sahaja

44
I
Buku itu saya baca minggu lalu.

II
Nasi lemak itu ibu tanak pagi tadi.

III
Pokok- pokok itu Pak Darus tanam.

IV
Beras  itu disumbangkan oleh beliau.

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja


45
I
Rumah Kuning memperoleh markah yang tertinggi sekali.

II
Mereka berdua sungguh amat bertuah kerana terpilih sebagai calon  


angkasawan negara.

III
Anak bongsu Mak Limah merupakan murid yang paling pandai


di dalam kelasnya.

IV
Bangunan itu tidak terjejas walaupun berlaku gegaran yang sangat kuat 


sekali akibat gempa bumi. 

A
I dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan I II sahaja

D
II, III dan IV sahaja

46
I
Jika hujan, kami tidak akan berkelah di sungai itu.

II
Kunci bilik guru itu ada dengan Puan Zaiton.

III
Air sungai di belakang rumah saya mengalir deras.

IV
Goreng pisang Mak Cik Leha itu sungguh lazat.

A
I dan III sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja

47
I
Kelapa sawit adalah antara tanaman yang penting di Malaysia.

II
Gunung yang tertinggi di negara kita adalah Gunung Kinabalu.

III
Ikan air tawar yang amat digemari nenek adalah ikan keli dan ikan


lampam.

IV
Harga barang di negeri Selangor adalah lebih mahal jika


dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja

48
I
Setengah orang tidak suka akan ketam nipah.

II
Keluarga Encik Kamal bukan pergi ke Kuala Lumpur.

III
Ibu bukan pergi ke kebun tetapi ke rumah kawannya.

IV
Kamarudin tidak terangkat kotak yang berat itu.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
III dan IV sahaja


49
I
Ramlan tidak tahu mengapa dia dimarahi oleh gurunya.

II
Datanglah ke rumah saya  bila-bila awak ada masa lapang.

III
Mana-mana baju yang kotor masukkan ke dalam bakul itu.

IV
Siapa-siapa pun tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja

50
I
Aku merindui suasana keindahan dan kedamaian di kampung.

II
Penggunaan komputer semakin meluas di Malaysia.

III
Kes penganiaya kanak-kanak semakin menjadi-jadi.

IV
Pemulangan Yusri dari Jakarta disambut meriah oleh  keluarganya.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
III dan IV sahaja

D
II dan IV sahaja

51.
I
Mereka saling bantu-membantu ketika bergotong-royong.

II
Mereka bertolak-tolakan ketika peraduan  itu diadakan.

III
Mereka patut saling hormat menghormati jiran tetangga.

IV
Mereka saling memandang ketika bertemu di dewan.

A
II dan IIII sahaja     

B
II dan IVsahaja

C
I ,II dan III sahaja

D
I, II, III, dan  IV

52.
I
Cikgu Zul mengajarkan mata pelajaran Matematik .

II
Cikgu Ramli  mengajar kami pelajaran Sains

III
Ibu mengajar adik menganyam tikar

IV
Ayah mengajar abang cara-cara menanam  sayur .

A
I dan III sahaja

B
II dan IV sahaja 

C
I, II dan IV sahaja

D
I, II, III dan IV



53.
I
Abu membersihkan halaman rumahnya lagi walaupun dia telah berbuat demikian sebentar tadi.

II
Ayah dan ibu balik kampung selama tiga hari .

III
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

IV
Ketibaan kami di pejabat kedutaan Malaysia disambut dengan meriah .

A
I dan II sahaja 

B
I dan IV sahaja           

C
I ,II dan III sahaja .

D
I, II, III dan  IV

54
I
Penyanyi terkenal itu mempunyai banyak peminat .

II
Kerja-kerja itu akan siap selama satu setengah jam lagi .

III
Ayu akan siapkan kerja yang terbengkalai itu.

IV
Buku yang baru saya beli ada pada adik saya.

A
I dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
I ,II  dan IV sahaja .

D
I,  II, III dan IV 

55.
I
Adik saya memang gemar ayam goreng.


II
Ayah membeli mi goreng di gerai Pak Abu.

III
Tahir makan tiga keping goreng pisang rangup.

IV
Rokiah pergi ke Klinik Gigi Ros petang tadi .

A
II dan III sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, II dan IV sahaja

D
I, II, III, dan  IV

56
I
Matahari muncul setiap hari dari ufuk  timur.

II
Saya tidak berselera hendak makan pada tengahari ini.

III
Lebuhraya yang baru dibina itu memendekkan jarak perjalanan ke utara.

IV
Walaupun dia kurus namun dia kuat makan.

A
I dan IV sahaja                                                                                   

B
I ,II dan IV  sahaja                                                                              

C
I , II dan III sahaja

D
I, II, III, dan  IV

57.
I
Karim berjumpa dengan sahabat lamanya di pasar raya itu .

II
Wong berharap agar adiknya berjaya dalam peperiksaan UPSR.

III
Kami akan berbincang masalah itu dengan guru kami.

IV
Wahid berbual-bual dengan kawannya di  bebalai.




A
I, II, dan  IV sahaja

B
I, III, dan IV sahaja

C
II, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

58.
I
Sungguh  indah nian pemandangan di tepi pantai itu.

II
Dialah yang terpandai di kelas kami .

III
Mahmudlah yang terawal sekali tiba di sekolah.

IV
Ani  pergi  sekolah  dengan  menaiki  bas.




A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
I, II, III dan IV

59.
I
Nazimi memang sayang akan kucing yang berbulu lebat itu.

II
Gerai kraftangan itu sekarang Wahab yang kendalikan.

III
Kerja ukir-mengukir memang menjadi kegemaran saya.

IV
Zahrul amat meminati bidang seni muzik .

A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
II , III dan IV sahaja

D
I, III, dan IV



60.
I
Letusan gunung berapi itu sungguh dahsyat.

II
Kami sering menasihati budak-budak itu.

III
Barang-barang palsu ini tidaklah semahal barang-barang tulen.

IV
Ayah membeli lima puluh pucuk sate.

A
III dan IV sahaja

B
I, II dan  III sahaja

C
I,III dan IV sahaja.

D
I, II, III, dan  IV


ARAS TINGGI


61
I
Rita menghiris bawang merah itu nipis-nipis untuk ditumis.

II
Cikgu menjelaskan dengan panjang lebar kepada kami perkara itu.

III
Johan mengikat dengan kemas bungkusan yang mengandungi surat-surat penting.

IV
Pemburu itu menembak sasarannya dengan tepat sekali.

A
I dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
II, III dan IV sahaja

62
I
Dia memberi dua buah buku cerita dan sebuah kamus kepada adiknya.

II
Cikgu Yunus mengajar matematik kepada murid-murid Tahun 6 Pintar.

III
Pelayan restoran itu sibuk menghidangkan makanan kepada pelanggan.

IV
Puan Fong membeli dua pasang baju dan sepasang kasut untuk anaknya.




A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
I dan IV sahaja

D
III dan IV sahaja

63
I
Surat-surat itu dihantar ke pejabat pos pagi tadi oleh kerani sekolah saya.

II
Firdaus tergapai-gapai di dalam sungai yang berarus deras itu sebelum tenggelam.

III
Jakarta ditenggelami air akibat hujan yang turun tidak  berhenti-henti selama beberapa hari.

IV
Pemain bola sepak itu diberi kad kuning oleh pengadil kerana   mengasari lawannya.

A
I dan III sahaja

B
I, II dan III sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja


64
I
Hanya buah durian ini sahaja yang masih belum dijual oleh ayah.

II
Yang berkain batik merah itu kakak saya.

III
Cermin tingkap itu adik Ahmad pecahkan petang semalam.

IV
Warna kegemaran kami sekeluarga adalah ungu dan merah.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II dan IV sahaja

D
III dan IV sahaja

65
I
Ramasamy membuatkan dua biji gasing untuk anaknya.

II
Fatin dihadiahkan sepasang anting-anting sempena hari jadinya.

III
Basikal Kok Keong yang rosak itu sedang dibaikkan bapanya.

IV
Datuk memarutkan ibu dua biji kelapa yang dikaitnya pagi tadi.

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan IV sahaja

D
III dan IV sahaja

66.
I
Cikgu memperbanyak kertas soalan untuk diberikan kepada murid- muridnya.

II
Murid-murid perlu mempertingkatkan usaha jika ingin berjaya.

III
Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan petang semalam.

IV
China telah memusnahkan beribu ekor ayam kerana dijangkiti virus  selesema burung yang menular di negara itu baru-baru ini.

A
 I dan II sahaja

B
 II dan III sahaja

C
 III dan IV sahaja

D
 I, II dan III sahaja



67
I
Cikgu selalu mengingatkan kami agar selalu mengulang kaji pelajaran.

II
“Surat permohonan ini masih belum bertanda tangan,” kata pegawai itu.

III
Aturcara majlis penyampaian hadiah itu berjalan dengan lancar dan teratur sekali.

IV
Berolahraga menjadi kegemaran Rabuan Pit sejak dahulu lagi.

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja

68
I
Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.

II
Kain yang dibelinya terlalu mahal padahal ada yang lebih murah.

III
Beliau dipandang oleh saya ketika saya berdiri di situ.

IV
Ucapannya tidak menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran.

A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
I, II dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja

69
I
Keindahan Pulau Langkawi berjaya menggamit kedatangan pelancong  dari luar negara.

II
Mengumpul keratan akhbar lama merupakan kegemaran saya pada masa lapang.

III
Nadzirah meminjam buku cerita yang berjudul “Mencari Harapan” kepada kawannya, Siti Hajar.

IV
Rumah –rumah di kawasan kaki bukit itu besar-besar dan cantik-cantik belaka.

A
I dan II sahaja

B
I, II dan III sahaja

C
I, II dan IV sahaja

D
I, III dan IV sahaja

70
I
Setiap pagi, Puan Mala sudah menyiram pokok-pokok bunganya.

II
Segala cabaran itu kami akan tempuh dengan dengan hati yang tabah.

III
Tetamu yang berbaju kebaya itu ialah rakan setugas Kak Wati.

IV
“Semak-samun di belakang rumah sudah saya tebas,” kata saya kepada ibu dan ayah.

A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
II, III dan IV sahaja

D
I, III dan IV sahaja

71
I
Dia telah bergiat dalam bidang  seni selama sepuluh tahun.

II
Marzuki tidak puas hati dengan  hukuman yang dijatuhi di atasnya.

III
Ayah menentang cadangan yang diusulkan oleh emak.

IV
Pengantin baru itu pergi berbulan madu  ke Eropah.

A
I dan III sahaja

B
II dan IV sahaja          

C
I , III , dan IV sahaja

D
I , II , III dan IV sahaja .

72
I
Kesengsaraan yang dia alami membuatkan kami sedih.

II
Seluruh kampung mengenali akan pemuda itu.

III
Rokiah memang gemar akan buah–buahan tempatan.

IV
Zul telah mereka jadikan anak angkat.

A
III sahaja

B
I , II dan III sahaja   

C
I , II dan  IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja

73
I
Hasil penjualan bunga-bungaannya amat menggalakkan.

II
Selepas makan , tolonglah menyapukan sampah dihalaman rumah.

III
Mahadi , tolong alihkan basikal awak ke  tepi tembok itu.

IV
Jalan raya yang bersimpang-siur itu membuatkan mereka sesat- barat.

A
I dan IV sahaja

B
III dan IV sahaja         

C
I, III dan IV sahaja .

D
I, II, III, dan  IV

74
I
Lauk-pauk yang lazat itu semuanya ibu hidangkan untuk kami.

II
Penduduk Alor Pongsu sentiasa  mengamalkan  sikap saling membantu.

III
Pencuri yang licik itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung

IV
Sultan mengurniakan beliau sebutir  pingat keberanian

A
I dan IV sahaja           

B
II dan III sahaja

C
II , III dan IV sahaja.

D
I, II, III, dan IV

75
I
Berbagai-bagai jenis acara akan diadakan pada hari sukan esok.

II
Semua murid-murid yang lambat ke sekolah akan didenda.

III
Semua ahli Kelab Kembara mesti hadir di sekolah esok.

IV
Rogayah tidak ingin bertemu dengan rakannya itu lagi.

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
I, III dan IV sahaja

76
I
Beberapa orang pemandu kereta sewa itu ditahan oleh pihak JPJ.

II
Sikapnya yang baik terhadap orang ramai patut mereka puji dengan tinggi .

III
Pelbagai persoalan diajukan terutamanya tentang masalah pencemaran alam sekitar.

IV
Dia tercungap-cungap kerana kepenatan .

A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,  II,  III, dan  IV

77
I
Ayah menghadiahi sebuah basikal kepada  adik.

II
Kakak mengirimi emak sepucuk surat.

III
Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup.

IV
Datuk Mansur  telah dianugerahi pingat kebesaran oleh sultan.

A
I dan II sahaja

B
II, dan III sahaja

C
II, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

78
I
Haji Zainal sedang merumputi kebun kelapa sawitnya.

II
Lembu-lembu peliharaannya sedang merumput di padang.

III
Orang itu kelihatan sedang memasuki pintu pagar rumahnya.

IV
Beberapa hari lagi dia akan memasuki peperiksaan.

A
II dan III sahaja

B
I, II, dan III sahaja

C
II, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV.

79
I
Khemah itu telah kami dirikan.

II
Khemah itu  telah didirikan oleh saya.

III
Baju itu telah saya pakai.

IV
Saya  pakai baju itu.

A
I, II, dan III sahaja

B
I, III, dan IV sahaja

C
II, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

80
I
Dia berasa letih selepas bekerja sehari suntuk.

II
Ibu merasa makanan yang terhidang itu.

III
Dia merasa kain yang ditunjukkan untuk mengetahui kasar halusnya.

IV
Pihak atasan merasakan beliau masih penting dalam jabatan ini.

A
I dan II sahaja

B
II dan III sahaja

C
II, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV 

81
I
Para pelajar-pelajar sedang mengikuti ceramah Bahasa Melayu.

II
Kuih karipap itu saya makan tadi.

III
Mazli dimarahi ibunya kerana tidak berbuat kerja sekolah.

IV
Harap jangan sentuh akuarium ini.

A
I dan IV sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I ,II dan III sahaja

D
I, II, III, dan IV sahaja

82
I
Ribuan penonton menyaksikan konsert nasyid Rabbani itu.

II
Mereka sedang berbincang tentang lawatan ke Melaka.

III
Guru-guru sedang menikmati kudapan di kantin.

IV
Puan Ani merindui anaknya yang sedang belajar di Arab Saudi.

A
I,II, dan III sahaja

B
I,II dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV

   83
I
“Saya sangat jelak akan sikap kamu yang ego,” kata Ali kepada Abu.

II
Setengah penduduk di kampung itu berketurunan Jawa.

III
Budak itu menangis kerana kedua-dua tangannya berdarah akibat terjatuh.

IV
“Mari kami pergi ke padang sekarang,” kata Azwan kepada rakan-rakannya.

A
I dan III sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan IV sahaja

D
II,III dan IV sahaja



84
I
Kakak menghadiahi ibu seutas rantai emas.

II
Mei Mei membonceng basikal abangnya ke sekolah.

III
Menteri Besar Selangor menganugerahkan pingat keberanian kepada Kapten Hassan.

IV
Bertahun saya tidak bertemu dengan datuk saya.

A
I,II, dan III sahaja

B
I,II dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV
  
85
I
“Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata Tarmizi.

II
Peristiwa pahit itu masih  bermain-main di dalam minda saya.

III
Halimah terkejut bila namanya dipanggil oleh Cikgu Shaari.

IV
Pada wajahnya ada parut sepanjang lima sentimeter.

A
I dan IV sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I,II dan III sahaja

D
IV  sahaja
 
86
I
Bah Atan sedang makan ubi bakar dengan ibu bapanya.

II
“Sila tulis semula karangan kamu ini,”kata gurunya.

III
Kebanyakan petani-petani kini menggunakan jentera moden.

IV
Zamri kerap datang lewat ke sekolah kerana ketinggalan bas.

A
I dan IV sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I,II dan III sahaja

D
IV  sahaja
 

87
I
Kamal memberanikan dirinya melalui lorong yang kegelapan itu.

II
“Baginda sultan akan berangkat sekarang,” kata pegawai istana itu.

III
Kucing itu sakit.Oleh itu ia perlu dirawat segera.

IV
Kek itu kami beli untuk Nani sempena hari jadinya esok.

A
II dan IV sahaja

B
I dan IV sahaja

C
I,II dan III sahaja

D
I,II dan IV sahaja

88
I
Kita akan bertemu lagi dari masa ke semasa.

II
Amat ayu gadis dari Thailand itu.

III
Kempen antiDadah perlu diadakan di sepanjang masa.

IV
Adik Afiq dihantar ke prasekolah sejak umurnya lima tahun.

A
II dan IV sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja
 
89
I
Mereka sedang membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat itu.

II
Ramasamy tidak didenda kerana ia berkelakuan baik.

III
Ayahnya bekerja bermati-matian demi untuk menyara keluarganya.

IV
Mereka tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya terbakar.

A
II dan IV sahaja

B
III dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
I dan II sahaja

90
I
Surat itu sudah awak pos ?”tanya En. Daud kepada  Aziz.

II
Setengah-setengah orang suka melancong ke Eropah berbanding ke Asia Barat.

III
Dato’ Suhaili sudah menjelaskan hutangnya di bank itu.

IV
Berminggu-minggu pelarian itu kelaparan.

A
I,II, dan III sahaja

B
II,III dan IV sahaja

C
I,III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV sahaja




JAWAPAN :

1
B
31
A
61
A
2
A
32
C
62
D
3
D
33
A
63
B
4
A
34
C
64
C
5
B
35
B
65
D
6
D
36
A
66
A
7
A
37
B
67
B
8
B
38
A
68
A
9
A
39
C
69
A
10
A
40
C
70
B
11
C
41
C
71
C
12
C
42
D
72
A
13
D
43
B
73
B
14
C
44
B
74
B
15
A
45
D
75
D
16
A
46
A
76
C
17
B
47
B
77
C
18
B
48
D
78
D
19
A
49
D
79
B
20
A
50
A
80
D
21
B
51
A
81
A
22
D
52
B
82
D
23
C
53
D
83
A
24
D
54
B
84
A
25
A
55
B
85
D
26
C
56
A
86
B
27
B
57
A
87
A
28
C
58
A
88
A
29
C
59
D
89
D
30
A
60
B
90
D

No comments: