بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Friday 31 August 2012

KATA SENDI


Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai sendi kepada frasa nama dengan
perkataan-perkataan lain.
Contoh:

di, pada, ke, kepada, dari, daripada, bagi/untuk, tentang/terhadap, akan, dengan,
hingga/sampai, sebagai, sejak, selama, selain, sepanjang, seperti/umpama, dan oleh

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Sendi
Fungsinya
Digunakan untuk
Ayat Contoh

di
1. Tempat sahaja
1. Mereka mengadakan pementasan drama 
    di dewan orang ramai itu.
2. Duitnya itu disimpan di dalam tabung.
pada
1. Masa
2. Benda abstrak
3. Orang
4. Binatang
5. Benda konkrit tertentu
1. Pada petang kelmarin, hujan turun 
    dengan lebat sekali.
2. Pada pendapat saya, kata-katanya itu ada 
    kebenarannya juga.
3. Telefon bimbit kamu ada pada Dalip.
4. Pada kaki burung itu dipasangkan gelang 
    besi.
5. Cat disapukan pada tiang kayu itu.
ke
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
4. Benda konkrit tak bernyawa
1. Adiknya ke kedai untuk membeli gula
   dan tepung.
2. Mesyuarat persatuan itu ditunda ke bulan
    hadapan.
3. Pelari itu sedang menuju ke hujung 
    padang.
4. Dicampaknya jam tangan itu ke dinding.
kepada
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Binatang
4. Kata ganti nama diri
1. Ayah menerangkan kepada adik tentang 
    penting menghormati orang lain.
2. Mereka amat percaya kepada 
    kepercayaan dan amalan yang karut-
    marut.
3. Adik memberikan sekeping biskut 
   kepada anak burung tiung itu.
4. Salmi menyerahkan kunci rumah iitu
   kepada abangnya.
dari
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
1. Samy dari warung Pak Hamid.
2. Dari bulan lepas Zahari bercadang untuk
    bercuti di Langkawi.
3. Lori tangki itu muncul dari selekoh tajam 
    itu.
daripada
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Menunjukkan asal kejadian
4. Menunjukkan perbandingan
5. Menunjukkan bahagian
    sesuatu
6. Menunjukkan pertentangan
1. Nathan memperoleh hadiah itu daripada
    tunangnya.
2. Banyak manfaat yang kami peroleh
    daripada kursus kami hadiri itu.
3. Kuih itu dibuat daripada tepung pulut.
4. Separuh daripada anggota-anggota kelab
    itu bersetuju untuk menyertai lawatan ke 
    Pulau Pangkor.
5. Daripada meminta-minta lebih baik 
    berusaha sendiri.

dengan
1. Menunjukkan keterangan cara
2. Menunjukkan sesuatu sebagai 
    alat
3. Menunjukkan perbandingan 
    setara
4. Menunjukkan penyertaan
    bersama
1. Harimau itu mengaum dengan kuat
    sekali.
2. Datuk meraut bilah-bilah buluh itu
    dengan pisau.
3. Pendapatnya sama dengan pendapat para
    perwakilan.
4. Salwani ke Johor Bahru dengan ibunya.

hingga/
sampai
1. Menyatakan maksud had/
    jangka masa tertentu
1. Adik makan mi goreng itu hingga
    kenyang.
2. Mereka menjerit sampai hilang suara.
sebagai
1. Menerangkan maksud umpama
2. Menerangkan maksud menjadi
3. Menerangkan maksud 
    sempena/ bertujuan
1. Dia membotakkan kepalanya sebagai
    menunaikan nazarnya.
2. Sarimah berlakon sebagai pembantu
    rumah.
3.Perbuatannya itu sebagai anjing menyalak 
   bukit.
sejak
1. Menyatakan maksud 
    permulaan
1. Sejak bertunang dengan Amran, Minah
   jarang keluar rumah.
2. Sejak berpindah ke Kajang, Ali tidak 
    pernah pulang ke kampung.
selama
1. Menyatakan jangka masa
1. Selama berada di Bentong, Salim sempat 
    menziarahi ibu saudara di sana.
2. Perlawanan tinju itu berlangsung selama
    satu jam.
selain
1. Menyatakan makna hanya/di
    samping
1. Selain bekerja makan gaji, Pak Samad
   berniaga secara kecil-kecilan juga.
2. Selain menteri besar, wakil rakyat turut
   hadir dalam majlis dialog itu.
sepanjang
1. Menyatakan maksud jarak
    masa
2. Menyatakan jarak sesuatu
    tempat
3. Menyatakan maksud
   ‘berdasarkan’
1. Sepanjang bulan Ramadhan, orang Islam
   mengerjakan ibadat puasa.
2. Para peniaga tidak dibenarkan berniaga di
    sepanjang kaki lima bangunan itu.
3. Sepanjang yang saya ingat, Pak Majid
   tidak pernah bertegur sapa dengan orang 
   kampung.
seperti/
umpama
1. Menunjukkan maksud
    persamaan
1. Mak Bedah memelihara anak angkatnya
   itu seperti anak kandungnya sendiri.
2. Perbuatannya itu umpama menepuk air di
    dulang.
tentang/
terhadap
1. Menyatakan maksud
    rujukan/panduan
1. Anak kecil itu berbual tentang
   pengalaman masing-masing.
2. Kim Seng bersikap biadab terhadap
    gurunya.
oleh
1. Kata kerja pasif yang berawalan di- dan teR-
1. Pokok kelapa itu ditebang oleh Nathan.
2. Lagu yang berjudul ‘Cindai’ itu
    dinyanyikan oleh penyanyi Siti Nurhaliza.
bagi/untuk
1. Membezakan sesuatu
1. Bagi Kasman, harta lebih penting daripada
    kesihatan.
2. Kasut baru ini untuk adiknya.


LATIHAN MENGIKUT ARAS
(Jawapan disediakan selepas soalan akhir)


ARAS RENDAH

1          Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

A          dari
B          sejak
C         hingga
D         daripada

2          Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.

A          di
B          pada
C         dengan
D         kepada

3          Angin monsun timur laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara.

A          ke
B          di
C         pada
D         hingga

4          Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.

A          di
B          pada
C         hingga
D         daripada

5          Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.

A          di
B          pada
C         dalam
D         dengan

6          Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.

A          di
B          ke
C         pada
D         dengan


7          Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.

A          bagi
B          demi
C         antara
D         dengan

8          Kak Kiah membakar sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.

A          bagi
B          demi
C         untuk
D         kepada

9
Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat yang tidak bermoral.
          A
dengan
          B
terhadap
         C
kepada

10
Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah.
         A
untuk
         B
pada
         C
dengan 

11
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.
        A
daripada
        B
hingga
        C
sampai
        D
dari  

12
Sepasang baju kurung  biru itu dibelinya _____________ ibu di kampung.
       A
akan
       B
untuk  
       C
kepada
       D
daripada


13
Mereka sedang berbincang ____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

        A
tentang  
        B
akan
        C
untuk
        D
sejak

14
Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________                    
anaknya yang menuntut di Mesir.

       A
oleh
       B
akan    
       C
dengan
       D
kepada


15
Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang
berwarna hitam.

       A
di                                                  
       B
ke                                       
       C
pada

16
Projek perumahan Mega sudah terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu.

       A
dari
       B
sejak   
       C
hingga
       D
sampai

17
Menara Berkembar Petronas terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.

       A
dari
       B
pada
       C
daripada   

18
Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.

          A
oleh
          B
pada   
          C
kepada

19        Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang semalam.
           
A          kepada
B          dengan
C         pada
D         ke

20        ”Hadiah itu __________ kamu, Zetty, ” kata Salina.

A          pada
B          untuk
C         dengan
D         kepada

21        Murid-murid Tahun 6 Ceria sedang berkumpul  __________ padang sekolah.

A          di
B          ke
C         dari
D         pada

22        Tabung uji itu jatuh __________ lantai lalu pecah.

A          di
B          ke
C         pada
D         kepada

23        ”Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang,” kata Shah kepada Razman.

A          kepada
B          hingga
C         pada
D         di

24        Adik Airil sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak             Noni.

A          dengan
B          akan
C         pada

25
Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa .
           A
dari             
          B
pada
          C
kepada
          D
daripada

26
Kita harus bersikap belas kasihan ___________  binatang-binatang.

A    akan

B    bagi

C    untuk

D    terhadap            



27
Haziq tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Ipoh.

A    demi

B    bila

C    pada

D    semenjak                  



28
Dia menyusun batu bata itu satu ____________ satu di bawah rumahnya.

A    demi                               

B    untuk

C    pada


29
Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu.


A    demi

B    bagi                 

C    akan

D    pada



30
Encik Rasdi gemar ___________ muzik irama tradisional sebagai halwa telinga.


A    akan                         

B    untuk

C    pada

D    hingga


ARAS SEDERHANA


31
Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.


A    di …ke

B    dari … ke  

C    di … kepada

D    daripada …kepada

32
________________ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu ________ yang lain.


A     Di …terhadap

B     Pada …dengan    

C     Di … dengan

D     Pada …terhadap

33
Hazim mengecat ruang tamu biliknya _______________ yang disuruh ________ ayahnya.


A    seperti …oleh     

B    bagai …dari

C   sebagai …akan

34
Amir Hafiz menghantar e-mel  ____________ abangnya yang berada _________ Ireland.


A    akan ... di

B    untuk …dari

C    kepada ... di                   

35        Abang Haikal bekerja sebagai pembantu tadbir __________ Pejabat Daerah Kinta.

A          di
B          ke
C         dari
D         kepada


36        “Lebih baik membaca buku __________ asyik bermain sahaja,” kata emak kepada Kamil.

A          dari
B          pada
C         kepada
D         daripada

37        Rumah Balqis terletak __________ antara rumah Kamalia dengan rumah Zila.

A          di
B          ke
C         dari

38        Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik __________
            awal hingga akhir permainan.

A          ke
B          dari
C         kepada
D         daripada

39        Semua borang penyertaan mestilah sampai kepada kami sebelum atau _____________ 22 Februari 2007.

A          dari
B          pada
C         kepada
D         daripada

40        Perompak  itu menikam Pak Sharif __________ belakang semasa cubaan                        merompaknya.

A          di
B          ke
C         dari
D         daripada

41        Pasar raya baru itu terdiri __________ beberapa tingkat.

A          di
B          dari
C         kepada
D         daripada

42        Lagu ‘Si Baju Hijau’ ini ditujukan khas __________ para perajurit.

A          ke
B          pada
C         kepada
D         daripada

43        Suzila mempunyai tahi lalat manis __________ bawah dagunya.

A          di
B          ke
C         kepada
D         daripada

44        Aduan __________ para pekerja kilang Tanako itu harus diberi perhatian.

A          ke
B          dari
C         kepada
D         daripada

45        Bantuan kewangan telah disampaikan __________ keluarga mangsa-mangsa banjir.

A          dari
B          pada
C         kepada
D         daripada

46        Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport __________ Perancis.

A          ke
B          dari
C         pada
D         daripada

47        Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.

A          ke
B          oleh
C         akan
D         pada

48        Majlis keraian itu akan diadakan __________ rumah Tok Penghulu Muda.

A          di
B          dari
C         demi
D         kepada

49        Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri __________
            tujuh orang pemain.

A          dari
B          dalam
C         daripada

50        Maria telah menunjukkan bakat kepemimpinannya __________ di bangku sekolah lagi.

A          daripada
B          hingga
C         sejak
D         dari

51        ”__________ pendapat kamu mengapakah kelakuannya berubah sejak akhir-akhir ini?” tanya Kamil.

A          Di
B          Pada
C         Sejak
D         Daripada

52        Gunasegaran tidak bekerja _________ kemalangan itu.  

A          sejak
B          hingga
C         kepada
D         daripada

53        Anggota pasukan keselamatan sanggup berkorban nyawa __________ mempertahankan kedaulatan negara.

A          demi
B          pada
C         bagai
D         daripada

54        Pelancong-pelancong yang datang __________ Malaysia amat tertarik dengan keindahan alam semula jadi dan keramahan para penduduk di sini.

A          di
B          ke
C         dari
D         pada

55        Nabila telah menulis surat __________ Guru Besarnya untuk meminta kebenaran menggunakan dewan sekolah pada 30 Mac 2007.

A          di
B          ke
C         pada
D         kepada

56        Luka __________ kaki kirinya akibat terpijak kaca belum sembuh lagi.

A          pada
B          dengan
C         kepada
D         daripada

57        Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.

A          ke
B          pada
C         akan

58        Nyanyian Sheila Majid lebih merdu __________ nyanyian Ellie.

A          di
B          kepada
C         dengan
D         daripada

Soalan 59 berdasarkan Gambar 1


Gambar 1

59        Nathan menendang bola itu __________ penjuru kanan pintu gol.

A          ke
B          dari
C         kepada
D         dengan

60        Sekolah akan ditutup __________ hari Khamis ini kerana cuti Hari Pekerja.

A          di
B          ke
C         demi
D         pada


ARAS TINGGI


Soalan 61 berdasarkan Gambar 1


61        Pelayan itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu.

A          serta
B          untuk
C         supaya
D         daripada

62        Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

A          dari ... di
B          akan ... di       
C         akan ... dari
D         dengan ... ke

63        Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah __________ para
            pemenang.

A          ke
B          pada
C         untuk
D         kepada


64        Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil.

A          bagi
B          hingga
C         dengan
D         kepada

65        Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan __________ Syarikat Seri Maju Sendirian Berhad.

A          oleh
B          sejak
C         dengan
D         daripada

66        Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut __________ belakang rumahnya.

A          di
B          akan
C         pada
D         untuk  

67        __________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.

A          Di
B          Dari
C         Pada
D         Untuk

68        Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.

A          di
B          dari
C         pada
D         daripada

69        ”Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR,” kata ayah kepada Farhan.

A          di ...dengan
B          bagi ... pada
C         oleh ... di
D         akan ... dalam
70        Mereka pergi ke Cameron Highlands __________ menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.

A          oleh
B          untuk
C         dengan
D         daripada

71        Baju kurung itu dibeli __________ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.

A          bagi
B          oleh
C         untuk
D         kepada

72        Abang Haris berdiri __________ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu lalang.

A          di
B          ke
C         dari
D         daripada         

73        Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.

A          di
B          ke
C         dari
D         kepada

74        Mesyuarat bulanan ini adalah __________ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.

A          bagi
B          pada
C         untuk
D         kepada

75        Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.

A          di
B          dari
C         bagi
D         pada

76        Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.

A          dengan
B          dari
C         bagi
D         daripada

77        Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.

A          dari
B          kepada
C         tentang
D         daripada

Soalan 78 berdasarkan Gambar 2

                                        









     Gambar 2

78        Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

A          bagi
B          sejak
C         kepada
D         dengan

79        Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.

A          bagi
B          untuk
C         kepada
D         dengan

80        ”__________ bila kamu pandai berbohong?”  herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.

A          Dari
B          Pada
C         Sejak
D         Daripada

81        Lagu ’Cahaya Cinta’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________
            tunangnya yang jauh di perantauan.

A          pada
B          dengan
C         kepada
           

Soalan 82 berdasarkan Gambar 3

                                         










Gambar 3

82        Perkara itu telah diadukan _________ ketua kampung.

A          ke
B          pada
C         dengan
D         kepada

83        Filem ’Sesejuk Air Mata Ibu’ itu menceritakan __________ pengorbanan seorang ibu tunggal yang membesarkan enam orang anak.

A          bagi
B          untuk
C         tentang
D         daripada

84        Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

A          dengan
B          hingga
C         tentang
D         daripada

85        Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.

A          oleh
B          dari
C         dengan
D         daripada

86        Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang-undang negara.

A          bagi
B          pada
C         kepada
D         dengan

87        Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

A          dari
B          untuk
C         dengan
D         daripada

88        Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

A          akan
B          untuk
C         dengan
D         tentang

89        Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

A          untuk
B          kepada
C         dengan

90        Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

A          di
B          ke
C         pada
D         kepada


JAWAPAN:

1
C
31
B
61
B
2
C
32
B
62
B
3
B
33
A
63
D
4
B
34
C
64
C
5
B
35
A
65
A
6
B
36
D
66
A
7
D
37
A
67
C
8
C
38
B
68
B
9
A
39
C
69
D
10
C
40
C
70
C
11
D
41
D
71
B
12
B
42
C
72
A
13
B
43
A
73
B
14
B
44
D
74
C
15
B
45
C
75
D
16
B
46
B
76
D
17
C
47
D
77
C
18
C
48
A
78
A
19
A
49
C
79
B
20
B
50
C
80
C
21
A
51
B
81
B
22
B
52
A
82
D
23
C
53
A
83
C
24
B
54
B
84
A
25
A
55
D
85
D
26
D
56
A
86
C
27
D
57
C
87
D
28
A
58
D
88
C
29
B
59
A
89
A
30
A
60
D
90
B

No comments: