بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Friday 31 August 2012

KATA BANYAK MAKNA


Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna lebih daripada satu makna.

Senarai kata ganda banyak makna.

Kata Ganda
Maksud
Ayat Contoh

mengada-ada
1   menunjuk-nunjuk
2   berkata atau membuat yang 
     bukan-bukan
1   Sejak bergelar bintang filem, Sarinah 
     mula mengada-ada dan beraksi 
     sombong.
2   “Jangan kamu mengada-ada di hadapan 
     orang tua-tua,” kata ibu kepadaku.
agar-agar
1   sejenis lumut laut
2   sejenis kuih
1   Penyelam-penyelam itu sedang mencari 
     agar-agar di dalam laut.
2.   Agar-agar santan yang dijual di gerai 
     kuih itu sungguh enak rasanya.
alang-alang
1   tidak bersungguh-sungguh
2   sedikit, kurang
1   Pengurus kilang itu menegur para 
     pekerjanya yang bertugas dengan 
     alang-alang sahaja.
2   Alang-alang mandi biar basah.
anak-anak
1   banyak budak
2   patung
1   Anak-anak itu sudah berkumpul untuk 
     meraikan Hari Kanak-kanak.
2   Adik suka bermain anak-anak bersama 
     kawan-kawannya.
angan-angan
1   cita-cita
2   gambaran/bayangan dalam 
     fikiran
1   Angan-angannya hendak menjadi 
     angkasawan pertama Malaysia.
2   Panggilan ibunya dari dapur tiba-tiba
     melenyapkan angan-angan Zubaidah.
angin-angin
1   desas-desus
2   gelagat
1   Angin-angin mengatakan bahawa harga 
     minyak petrol akan turun.
2   Melihat angin-angin Perdana Menteri, 
     pilihan raya mungkin akan diadakan  
     pada tahun ini juga.
apa-apa
1   segala apa
2   sesuatu
1   Pesakit itu tidak memberikan apa-apa
     reaksi tentang ubat yang diminumnya 
     itu.
2   “Ada apa-apa yang kamu belum 
     faham?” tanya Cikgu Murad kepada 
     murid-muridnya.
api-api
1   sejenis serangga perosak
2   tumbuhan yang tumbuh pada 
     pokok lain
1   Tanaman bunga orkid itu musnah 
     diserang api-api.
2   Pokok api-api itu tumbuh subur pada 
     pohon beringin.
baik-baik
1   dengan rapi
2   hati-hati
1   “Simpan wang ini baik-baik,” pesan 
     Encik Mohan kepada anaknya.
2   Kata anggota polis itu, “Baik-baik 
     ketika kamu melintas jalan raya.”
banyak-banyak
1   dalam jumlah yang banyak
2   sungguh-sungguh
1   Peniaga gerai minuman itu membuat 
     roti canai banyak-banyak.
2   “Terima kasih banyak-banyak,” kata
     peminta sedekah itu kepada dermawan 
     itu.



LATIHAN MENGIKUT ARAS
(Jawapan disediakan selepas soalan akhir )


ARAS RENDAH

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1          
I
Cahaya hari ini hangat sekali.

II
Tidak lama lagi, abang akan mendapat seorang cahaya mata.

III
Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV
Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.




A
I dan II

B
II dan III

C
I dan IV

D
III dan IV


2          
I
Tayar basikal Kok Seng sudah hal.

II
Lisa tidak suka mencampuri hal orang lain.

III
Pak Mat melaporkan hal itu kepada penghulu.

IV
Hal apakah yang menyebabkan budak itu ditangkap polis?




A
I dan II

B
I dan III           

C
III dan IV

D
II, III dan IV


3          
I
Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

II
Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

III
Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

IV
Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.




A
II dan III

B
III dan IV

C
I,II dan IV

D
I,III dan IV


4          
I
Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

II
Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III
Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV
Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
II dan IV


5         
I
Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

II
Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai ke aras bahaya.

III
Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

IV
Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.




A
I dan III

B
III dan IV         

C
I, II dan IV         

D
II,III dan IV


6          
I
Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

II
Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

III
Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

IV
Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.




A
I,II dan III

B
I, II dan IV

C
I,III dan IV

D
II,III dan IV


7          
I
Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

II
Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

III
Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

IV
Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja.




A
I dan III

B
II dan III

C
I, II dan III         

D
II,III dan IV


8          
I
Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II
Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III
Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV
Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.




A
I dan IV

B
II dan III

C
I, II dan IV       

D
II,III dan IV


9         
I
Bunga tayar kereta itu melintang.

II
Ailin suka memakai baju yang bunga.

III
Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.

IV
Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.




A
I dan III

B
I dan IV

C
III dan IV         

D
I,II, dan III

10      
I
Jambatan itu sudah siap bina.

II
Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III
Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV
Bangunan baru itu akan kami bina tidak lama lagi.




A
I dan II

B
I dan III         

C
II dan III

D
III dan IV


11       
I
Usianya baru lima tahun..

II
Adik masuk ke bilik baru tidur.

III
Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

IV
Kevin merupakan pelajar baru di sekolah ini.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan III

D
I, III dan IV


12      
I
Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.

II
Mereka sedang membincangkan tentang akal untuk masa depan.

III
Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

IV
Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.




A
I dan II

B
I dan III

C
III dan IV

D
II, III dan IV


13      
I
Bala pelajar yang berhimpun telah bersurai.

II
Bala yang melanda negara itu sungguh dahsyat.

III
Banyak bala yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.

IV
Malaysia telah mengundurkan bala tenteranya dari Bosnia.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


14      
I
Karangan bunga itu telah digubah oleh Puan Noraini.

II
Pakaian itu digubah oleh pereka fesyen yang terkenal.

III
Kedudukan perabot di rumahnya itu telah digubah oleh Puan Rosnah.

IV
Lagu yang merdu itu telah digubah semula oleh Dato’ Ahmad Nawab.




A
I dan IV

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


15                
I
Tingginya sama paras dengan saya.

II
Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.

III
Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.

IV
Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.




A
I dan IV

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
I, III dan IV


16      
I
Dia laku dirinya seperti orang kaya.

II
Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.

III
Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.

IV
Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.




A
I dan II

B
I, II dan III

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV
           

17      
I
Pakaian pengemis itu terlalu buruk.

II
Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.

III
Niat buruk Rosman telah diketahui oleh ibu bapanya.

IV
Keadaan bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan IV

D
I, III dan IV
           

18      
I
Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.

II
Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan

III
Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.

IV
Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang boleh dibuat orang-orang yang celik.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV


19      
I
Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.

II
Walaupun Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.

III
Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.

IV
Parti pembangkang gagal merebut sebarang kerusi dalam pilihanraya tersebut.




A
I dan II

B
I dan III

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV
20      
I
Anggota di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.


II
Ramu ialah anggota Persatuan  Bulan Sabit  Merah di sekolahnya..


III
Anggota bomba bergegas ke tempat kebakaran sebaik sahaja menerima panggilan.


IV
Dia berasa lemah-lemah seluruh anggota selepas menyertai pertandingan tarik tali itu.






A
I dan II


B
I, II dan III


C
II, III dan IV


D
I, II, III dan IV




21
I
Pekerja itu asli dari Bangladesh.

II
Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.

III
Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.

IV
Masyarakat orang asli kini semakin maju dalam kehidupan.

A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV


22
I
Wang simpanannya sesak di bank.

II
LRT itu sesak dengan penumpang.

III
Jalan raya sesak ketika musim perayaan.

IV
Datuk sesak nafas selepas berjoging di taman.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


23
I
Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.

II
Pintu rumahnya diperbuat daripada kayu jati.

III
Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.

IV
Pintu komputer tidak dapat dibuka kerana tiada kata laluan.




A
I dan II

B
I dan III

C
I, II dan III

D
II, III dan IV




24
I
Kaki adik sakit kerana terpijak duri.

II
Arnab yang sombong itu tertidur di kaki pokok.

III
Penjual kacang putih itu berjaja di kaki lima kedai.

IV
Emak membeli sekaki serai daripada penjual ikan itu.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


25
I
Jalan menuju ke kampung Ali berlopak-lopak.

II
Mereka mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu.

III
Dia sering memberi jalan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

IV
Mesyuarat itu jalan walaupun ramai ahli tidak hadir.




A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I, II dan III


26
I
“Awak curi duit saya,” kata budak itu.

II
Pekerja itu curi tulang setelah melihat ketuanya tiada di pejabat.

III
Lagu “Hatiku Telah Kau Curi” amat popular kini.

IV
Curi ilmu itu jika mahu pandai,”katanya.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan III

D
I, II dan IV


27
I
Pokok rambutan itu berbuah lebat.

II
Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.

III
Mak Minah menggoreng setandan pisang supaya lebat.

IV
Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV



28
I
Dia bekerja dengan kuat tenaganya.

II
Jahitlah dengan benang yang kuat sedikit.

III
Peristiwa hitam itu kuat mengganggu fikirannya.

IV
Orang itu menjerit dengan kuat sehingga mengganggu jiran sebelah.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


29
I
Tugasan ini mesti dihantar dengan segera kepada guru.

II
Mereka segera ke hospital setelah menerima perkhabaran itu.

III
Pemandu kereta itu kemalangan kerana memandu dengan segera.

IV
Dia terpaksa makan mi segera kerana kesuntukan masa untuk memasak.




A
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV


30
I
Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang yang licin.

II
Rambutnya disisir licin supaya tampak segak.

III
Majlis persaraannya berjalan dengan licin.

IV
Kulit peragawati itu sungguh licin.




A
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV


ARAS SEDERHANA



31       
I
Majlis penyampaian hadiah itu berjalan dengan lancar.

II
Setiap pagi, ramai murid berjalan ke sekolah.

III
Seekor ular berjalan di dahan pokok itu.

IV
Bas itu berjalan dengan lajunya.




A
I, II dan III

B
I, II dan IV        

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV         


32       
I
Pak Abu berjaya menangkap ular yang bisa itu.

II
Saya masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata orang tua itu.

III
Dia kelihatan bermenung setelah menangkap surat daripada bapanya.

IV
Kanak-kanak menangkap kemahiran sedikit demi sedikit.




A
I dan II

B
II dan III

C
I,II dan III         

D
II,III dan IV


33       
I
Puan Alice membalas sebungkus nasi lemak kepada jirannya.

II
Tiap-tiap pagi, dia membalas adiknya ke sekolah.

III
Nina belum membalas surat kawannya.

IV
Kita harus membalas budi ibu bapa.




A
I dan III

B
II dan III

C
II dan IV         

D
III dan IV


34       
I
Pemandangan di tengah sawah itu sangat buruk.

II
Ayah mengesat peluh dengan sehelai kain buruk.

III
Abang Jas sedang berehat di pondok buruk di tepi sawah.

IV
Orang-orang di tengah sawah itu diperbuat daripada kain buruk.




A
I dan II

B
II dan IV           

C
I,II dan III         

D
II,III dan IV


35      
I
Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor itu.

II
Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran untuk menghadapi hari muka.

III
Emak mengangkat kain di ampaian lalu melipatnya.

IV
Datuk Majid mengisi masa lalu dengan bermain golf.




A
I dan III

B
II dan III         

C
I,II dan III         

D
II,III dan IV


36      
I
Air sungai di belakang rumah datuk sangat dalam.

II
Keluarga Encik Tang bercakap dalam bahasa Inggeris.

III
Jangan suka membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.

IV
Kami tidak faham perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu kerana suaranya sangat dalam.




A
I dan II       

B
I dan IV

C
II dan III         

D
III dan IV


37       
I
Wang itu telah melarikan oleh perompak.

II
Orang itu melarikan basikalnya dengan laju.

III
Tikus itu melarikan diri apabila dikejar oleh seekor kucing.

IV
Penyeluk saku itu tidak dapat melarikan diri apabila dikepung oleh polis.




A
I dan II

B
II dan IV        

C
III dan IV        

D
I,II dan IV


38      
I
Golongan penternak dan nelayan di negara ini diberi bantuan oleh kerajaan.

II
Kebanyakan daripada mereka terpaksa golongan tikar.

III
Ibu golongan karpet itu lalu disimpan di dalam stor.

IV
Mereka bukan daripada golongan yang teraniaya.




A
I dan III

B
I dan IV       

C
II dan III         

D
III dan IV


39      
I
Kee Heng menonton filem itu sehingga tamat.

II
Lai Ming tamat mendaki gunung yang tinggi itu.

III
Perkhidmatannya akan tamat pada bulan hadapan.

IV
Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini.




A
I dan III

B
II dan III         

C
I, II dan III       

D
I, II dan IV
40      
I
Ali membeli tiket kereta api kelas ekonomi.

II
Kelas itu pecah kerana terhempas ke batu.

III
Sharil dan Mutu belajar di dalam kelas pemulihan.

IV
Puan Lee ditempatkan di dalam wad kelas pertama di hospital itu.




A
I dan II

B
II dan III         

C
I, III dan IV       

D
II,III dan IV


41      
I
Bajunya berkerut kerana tidak bergosok.

II
Seluruh badannya berkerut akibat digigit nyamuk.

III
Mukanya berkerut sewaktu menelan ubat yang pahit itu.

IV
Dahinya berkerut kerana tidak memahami pertanyaan pelancong itu.




A
II dan III

B
III dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


42       
I
Percakapan awak sudah melarat.

II
Saya tidak melarat untuk mengangkat meja itu.

III
Penyakit kudisnya telah melarat ke seluruh badan.

IV
Kebanyakan orang tua yang hidup melarat telah dibawa ke rumah kebajikan.




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
I, III dan IV


43       
I
Dia memerah kakinya supaya berjalan dengan pantas.

II
Petani-petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.

III
Guru Besar memerah tukang kebun supaya memotong rumput.

IV
Kami memerah otak untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


44      
I
Gigi budak itu tanggal semalam.

II
Samad pada tanggal 30 Oktober yang lalu.

III
Cuaca yang panas menyebabkan Ali dan Sazali tanggal bajunya.

IV
Kerana marahkan ibunya, dia menendang pintu itu hingga tanggal engselnya.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I dan IV

D
II, III dan IV
45      
I
Pendapatan bulanan Encik Mutalib sangat kencang.

II
Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.

III
Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

IV
Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
III dan IV


46      
I
Kakak Zamil ingin lanjut pelajarannya ke luar negeri.

II
Sejak lanjut usia,  datuk hanya berehat sahaja di rumah.

III
Cikgu menyuruh murid-murid lanjut kerja walaupun loceng rehat telah berbunyi.

IV
Aziz M.Osman enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang filem yang akan diarahkannya.




A
I dan III

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


47      
I
Bapa meninggalkan kami tanpa memberikan belanja.

II
Rosdi meninggalkan tugas yang diamanahkan kepadanya.

III
Neneknya meninggalkan dunia semalam kerana sakit jantung.

IV
Kami terpaksa meninggalkan beberapa atur cara yang telah dirancangkan kerana kesuntukan masa.




A
I dan II

B
II dan III

C
II, dan IV

D
III dan IV


48       
I
Rumah lama itu telah dirobohkan.

II
Dia gemar menyimpan barang-barang lama.

III
Sudah lama dia menunggu kedatangan awak.

IV
Azmi berjalan dengan lama menuju ke pusara ibunya..




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan III

D
I, II, III dan IV


49       
I
Penyelam itu menyelam hingga ke dasar laut.

II
Perbuatannya itu bertentangan dengan dasar kerajaan.

III
Dasar undang-undang negara diambil daripada undang-undang lama.

IV
Pelajar itu mempunyai dasar keluarga yang miskin.




A
I dan II

B
III dan IV

C
I, II dan III

D
I, II, III dan IV

50       
I
Muka budak yang sakit jantung itu pucat..

II
Bayaran muka motosikal itu sebanyak RM400 sahaja.

III
Setelah kilat sabung-menyabung, muka hujan pun turun.

IV
Azlan tidak berani angkat muka semasa dimarahi gurunya.




A
I dan II

B
I dan III

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV


51
I
Zana melukis gambar bulan sabit.

II
Sabit digunakan untuk memotong rumput.

III
Sekiranya sabit kesalahan, penculik itu akan dipenjarakan.

IV
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman sabit kepada pesalah.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
II dan IV


52
I
Halaman rumah Neena sangat bersih.

II
Piring terbang kelihatan terbang di halaman angkasa.

III
Buku cerita itu mengandungi seratus dua puluh halaman.

IV
Surat khabar menyediakan satu halaman khas untuk para pelajar.




A
I dan III

B
II dan III

C
I, II dan IV

D
I, III dan IV


53
I
Dia telah berkejar-kejaran ke hospital dalam keadaan luka parah.

II
Beberapa ekor ayam berkejar-kejaran apabila Abu menaburkan padi.

III
Pemandu kereta lumba itu berkejar-kejaran untuk tiba ke garisan penamat.

IV
Polis sedang berkejar-kejaran dengan penyamun-penyamun yang melarikan diri itu.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV



54
I
Warga emas patut disayangi.

II
Ikan emas itu dipeliharanya di dalam sebuah akuarium.

III
Jangan lepaskan peluang emas untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

IV
Kedua-dua mempelai duduk di atas peterana yang emas sambil diarak ke istana.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I, II dan IV

D
II, III dan IV


55
I
Zaki terkocoh-kocoh mencuci tangannya yang kotor itu.

II
Mengapa Mak Limah terkocoh-kocoh saja hendak pulang?

III
Suasana di situ terkocoh-kocoh kerana berlaku kebakaran.

IV
“Janganlah terkocoh-kocoh mengambil keputusan,” kata Pak Tam




A
I dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV


56
I
Sekuat-kuat Lim Sin, kuat lagi abangnya.

II
Badri menolak batu itu dengan sekuat-kuat.

III
Perempuan itu berteriak sekuat-kuat hatinya.

IV
Jalak tidak dapat menandingi sekuat-kuat Badang.




A
I dan III

B
II dan III

C
II dan IV

D
I, II dan IV


57
I
Anak lelakinya pulang keputusan memilih jodoh kepada ibu bapanya.

II
Kepulangannya ke kampung bagaikan sirih pulang ke gagang.

III
Bapanya telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas.

IV
Syarikatnya mendapat pulang yang berlipat ganda.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


58
I
Dia keluar baik sahaja saya sampai.

II
Janganlah risau, kami sekeluarga baik belaka.

III
Buku itu masih baik walaupun telah lama digunakan.

IV
Kesihatannya beransur baik setelah menerima rawatan di hospital.




A
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV


59
I
Barang kata anaknya terpaksa diturut saja.

II
Ibu ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian.

III
Barang keputusan yang dibuat mendapat persetujuan ketuanya.

IV
Jangan menyimpan barang kata yang menyinggung perasaan dalam hati.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


60
I
Pencuri itu telah dibekas oleh pihak polis.

II
Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya.

III
Haji Tamrin ialah bekas ketua kampung yang amat disayangi.

IV
Anggota PERHILITAN dapat mengesan harimau itu melalui bekas tapak kakinya.




A
I dan IV

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


ARAS TINGGI



61     
I
Ahmad telah menerima bahagian pusakanya.

II
Bahagian kek itu adalah untuk Naza dan Aziz.

III
Nenek Zaiton sering sakit pada bahagian kakinya.

IV
Kereta yang mengalami kemalangan itu rosak di beberapa bahagian.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I,II dan III      

D
I,III dan IV


62     
I
Anjing itu menggondol seketul tulang sambil berlari.

II
Pekebun itu menggondol pokok rambutan di kebunnya.

III
Abah menggondol hadiah pertama dalam pertandingan cerita.

IV
Pak Kasim menggondol rambut anaknya kerana kepalanya berkudis.




A
I dan II

B
I dan III       

C
II dan III      

D
III dan IV


63     
I
Berita itu telah menghancurkan hatinya.

II
Masalah itu sentiasa menghancurkan fikirannya.

III
Letupan bom itu telah menghancurkan beberapa buah bangunan.

IV
Perbuatan Rama telah menghancurkan kepercayaan saya kepadanya.




A
I dan III

B
I ,II dan III      

C
I, II dan IV

D
II,III dan IV


64     
I
Sani menggulung tali yang panjang itu.

II
Kerani itu menggulung surat itu di dalam fail.

III
Nenek sedang menggulung tikar yang lama itu.

IV
Polis menggulung beberapa orang pencuri itu ke dalam penjara.




A
I dan II

B
I ,II dan III        

C
I, II dan IV     

D
II,III dan IV



65     
I
Sawah padi itu menjadi huru-hara akibat kemarau.

II
Negara itu masih berada dalam keadaan huru-hara.

III
Budak itu menangis huru-hara kerana dimarahi oleh ibunya..

IV
Remaja dinasihati agar jangan huru-hara ke sana ke mari pada larut malam.




A
I dan II

B
II dan III        

C
II dan IV 

D
III dan IV


66     
I
Budak itu ditemui ketika merayau-rayau di bandar.

II
Jangan biarkan tanaman kamu merayau-rayau tanpa dibaja.

III
Irama lagu Melayu asli itu merayau-rayau hati pendengarnya.

IV
Lebih baik membaca buku daripada merayau-rayau tanpa tujuan.




A
I dan II

B
I dan IV  

C
II dan III    

D
III dan IV


67     
I
Kita arus menghormati ibu bapa kita.

II
Suri berasa arus pada waktu tengah hari itu.

III
Arus elektrik yang terdapat pada wayar boleh membahayakan kanak-kanak.

IV
Kita mesti mengikut arus pemodenan pada masa ini supaya kita tidak ketinggalan.




A
I dan II

B
I dan III        

C
II dan IV   

D
III dan IV


68     
I
Dia menyandarkan diri pada dinding pondok.

II
Lee menyandarkan bajunya yang basah di ampaian.

III
Pemuda itu menyandarkan basikalnya pada tiang rumah.

IV
Berusahalah sendiri, jangan asyik menyandarkan rezeki pada orang lain.




A
I dan II

B
II dan III        

C
III dan IV     

D
I,III dan IV


69     
I
Manusia pada zaman usang tinggal di dalam gua.

II
Rumah Pak Samad sudah terlalu usang dan hampir roboh.

III
Tikar mengkuang yang sudah usang itu masih disimpan oleh nenek.

IV
Datuk memasukkan beberapa jemput tembakau usang ke dalam paipnya.




A
I dan II

B
II dan III        

C
II dan IV     

D
I,II dan IV
70     
I
Hidangan pada waktu tengah hari tadi  membuka selera kami.


II
Linda membuka telinga untuk mendengar perbualan kakaknya.


III
Adibah membuka tingkap biliknya supaya cahaya matahari dapat masuk.


IV
Ayah dan kawan-kawannya telah membuka tanah baharu untuk projek penanaman kelapa sawit.






A
I dan III


B
I ,II dan III        


C
I, II dan IV     


D
II, III dan IV



71     
I
Kasut ini perlu kita tawar harganya.

II
Ikan air tawar sedap dibuat gulai asam pedas.

III
Mi goreng yang dimakannya itu tawar rasanya.

IV
Dia berasa tawar hati hendak menyertai rombongan ke Melaka.




A
II dan III

B
III dan IV

C
I, II dan III

D
I, II, III dan IV


72     
I
Datuk memotong tali yang mengikat kotak itu.

II
Nenek memotong durian itu sebelum dihidangkan.

III
Ayah tidak dapat memotong bas yang dipandu laju itu.

IV
Ibu sedang memotong kek ulang tahun hari kelahirannya.




A
I dan II

B
III dan IV

C
I, II dan III

D
I, III dan IV


73     
I
Barang-barang buatan negara kita bermutu tinggi.

II
Dia berasa gayat apabila berada di tempat  yang tinggi.

III
Jangan tinggi diri apabila berdepan dengan orang-orang tua.

IV
Buluh yang yang digunakan untuk mengait buah itu tidak cukup tinggi.




A
I dan II

B
III dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV



74     
I
Ikatan yang teguh akan menjamin keselamatan bungkusan.

II
Tidak banyak barang dapat disimpan di dalam almari itu walaupun teguh.

III
Rina dan Rini menjalin tali persahabatan yang teguh sejak di bangku sekolah.

IV
Mat Kilau seorang yang dihormati kerana dia berpegang teguh pada janji-janjinya.




A
I dan III

B
III dan IV

C
I, III dan IV

D
II, III dan IV


75     
I
Dia memilki pandangan yang dalam tentang perkara itu.

II
Ibu mengeluarkan rantai emas dari dalam almari pakaian.

III
Kapal terbang itu akan berlepas dalam masa sepuluh minit lagi.

IV
Wanita itu dalam keadaan sedih sejak anaknya meninggal dunia.




A
I dan II

B
III dan IV

C
II, III dan IV

D
I, II, III dan IV


76     
I
Pasir di tepi pantai itu sangat halus.

II
Orang tua itu mempunyai pendengaran yang halus.

III
Gadis itu tidak sahaja cantik malah halus budi bahasanya.

IV
Kain songket yang ditenun oleh Puan Sarifah halus buatannya.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, III dan IV

D
II , III dan IV


77     
I
Pihak polis telah menahan kedua-dua perompak bank itu.

II
Walaupun bilangan mereka sedikit, anggota tentera itu tetap menahan   di kubu tersebut.

III
Pemandu itu menahan oleh polis kerana melanggar kesalahan jalan raya.

IV
Aminah mengerang kerana tidak dapat menahan kesakitan.




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV

78     
I
Pasar malam itu sesak dengan orang ramai.

II
Najihah sesak nafas kerana lubang hidungnya tersumbat.

III
Adik menangis sepanjang hari sehingga suaranya sesak.

IV
Sejak suaminya meninggal, hidup Opah Nabilah sekeluarga semakin sesak.




A
I dan III

B
II dan III

C
I, II dan IV

D
II , III dan IV


79     
I
Kuih itu dipanggil cakar ayam.

II
Bangunan itu tinggi cakar langit.

III
Pipi Syakir berdarah cakar oleh Nada.

IV
Anjing mempunyai cakar sedangkan kerbau pula tidak.




A
I dan II

B
I dan III

C
I dan IV

D
II dan IV


80     
I
Harga kereta semakin susut sejak akhir-akhir ini.

II
Kain itu akan susut apabila dibasuh.

III
Badan anak saya susut selepas demam.

IV
Kasutnya susut sebab dia semakin membesar.




A
I dan III

B
I, II dan III

C
I, II dan IV

D
II , III dan IV


81
I
Basi kereta itu telah dicat dengan warna biru.

II
Air liur basi akan mengotorkan bantal.

III
Kereta yang dibelinya sudah basi.

IV
Basi wang gajinya disimpan di bank.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV sahaja


82
I
Dia bisa pergi ke pasar malam.

II
Jangan bisa mendengar khabar angin.

III
Kata-kata yang bisa boleh menyinggung perasaan orang.

IV
Kita bisa menang jika berlatih dengan bersungguh-sungguh.




A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
II, III dan IV


83
I
Pantun ialah cabang puisi lama.

II
Dia mempunyai banyak cabang fikiran.

III
Sungai besar itu mempunyai cabang yang banyak.

IV
Cabang hidupnya berliku-liku dan dipenuhi onak duri.




A
I dan III

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


84
I
Dasar rumah itu berlubang-lubang.

II
Galian itu telah ditemukan di dasar laut.

III
Dia menyimpan perasaan sayang di dasar hatinya.

IV
Pihak polis tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk mensabitkannya dengan kesalahan itu.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
II dan IV


85
I
Dia bertaubat demi kelakuan buruknya.

II
Demi Tuhan, sesungguhnya saya tidak berbohong.

III
Dia meneruskan perjalanannya demi ribut melanda.

IV
Rokiah serta-merta menangis demi mendengar berita sedih itu.




A
I dan III

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


86
I
Dia ganjil memikirkan masalah hidupnya.

II
Binatang yang ganjil itu ditemukan oleh sekumpulan saintis.

III
Nombor bulat yang bukan nombor genap disebut nombor ganjil.

IV
Kerosakan ganjil akan menyebabkan seseorang diserang penyakit buah pinggang.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
II dan IV


87
I
Mereka yang memiliki gigi yang jarang dikatakan amat cemburu orangnya.

II
Air itu saya jarang selama satu jam untuk mengukus ketupat.

III
Bomoh itu membacakan jarang bagi menghalau kuasa jahat.

IV
Pemain itu diketepikan kerana dia jarang hadir untuk menjalani latihan.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


88
I
Adunan capati ini perlu kamu kacau supaya menjadi lembut.

II
Along selalu kacau kehidupan pemiutangnya.

III
Bilik itu kacau sekali setelah kemasukan pencuri.

IV
Fikiran Pak Jamil kacau apabila memikirkan masalahnya.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV


89
I
Lapan puluh peratus ekonomi negara bergantung pada eksport bahan mentah.

II
Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang mentah.

III
Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.

IV
Pak Halim belum dapat melupakan peristiwa yang masih mentah.




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
II dan IV



90
I
Pemandangan di sini amat selesa.

II
Saya rasa amat selesa tinggal di sini.

III
Keputusan itu dibuatnya semasa selesa.

IV
Saya berasa tidak selesa apabila berada di sisinya.




A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
I, III dan IV


JAWAPAN :

1
B
31
B
61
D
2
D
32
A
62
B
3
D
33
D
63
C
4
C
34
D
64
D
5
D
35
C
65
C
6
B
36
A
66
B
7
A
37
C
67
D
8
C
38
B
68
D
9
C
39
D
69
B
10
D
40
C
70
C
11
D
41
B
71
D
12
C
42
B
72
D
13
B
43
C
73
D
14
A
44
C
74
C
15
D
45
C
75
D
16
D
46
C
76
C
17
C
47
A
77
B
18
C
48
C
78
C
19
C
49
D
79
C
20
C
50
C
80
B
21
D
51
D
81
C
22
D
52
C
82
C
23
C
53
B
83
A
24
B
54
A
84
A
25
D
55
B
85
C
26
C
56
A
86
C
27
A
57
B
87
A
28
C
58
D
88
D
29
B
59
A
89
B
30
D
60
D
90
C


No comments: