بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

TIKA MENANGIS ITU SATU PILIHAN..

Menangis dan merasakan kesedihan 
bukanlah bererti kita hilang akan harapan
Dan menidakkan satu suratan
Jauh sekali untuk menjadikan kita PUTUS ASA dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punya rasa
yang tersimpan di dalam lubuk hati
Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku-liku perjalanan kita.
Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam PENINGKATAN KEMATANGAN umur kita
Hati kita kadang merasa amat sakit dan kecewa
akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata
mahupun dengan GAYA PENULISAN..TIKA MENANGIS ITU SATU PILIHAN..

Menangis dan merasakan kesedihan
bukanlah bererti kita hilang akan harapan
Dan menidakkan satu suratan
Jauh sekali untuk menjadikan kita PUTUS ASA dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punya rasa
yang tersimpan di dalam lubuk hati
Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku-liku perjalanan kita.
Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam PENINGKATAN KEMATANGAN umur kita
Hati kita kadang merasa amat sakit dan kecewa
akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata
mahupun dengan GAYA PENULISAN..

Sesekali menangis,
hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya
yang lemah dan kerdil
Dan turut menginsafi kita akan luka-luka di dalam LIKU PERJALANAN kita..

Sesekali menangis
jiwa kita didik dengan indahnya sabar dan rehda…
Yakin dan percaya akan ketentuanNya
Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..
KERANA TANGISAN ITU PENGUBAT HATI YANG TERSENTUH..

No comments: