بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

SENYUMAN KITA MASIH BERHARGA..

SENYUMAN KITA MASIH BERHARGA..


Cita-cita dan tujuan kita satuuntuk menuju KE PENAMAT yang paling mengembirakan..Namun di dalam perjalanan
kita akan menghadapi PELBAGAI RINTANGAN dan cabaran
Andainya tidak mampu meneruskan,
kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dimiliki lain..


Tetapi tak usak kecewa,
walaupun hadiahnya tidak diperolehi tetapi keseronokkannya kita sudah rasa
Jadi bercintalah sepenuh hati
Namun jangan letakkan HARAPAN YANG TERLALU TINGGI..


Dalam kehidupan kita ini
sering kita diberi PELBAGAI PILIHAN untuk memilih sesuatu perjalanan hidup
Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang diinginkan
Kadang kita salah membuat perhitungan
sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..


Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu
dan MEMBUAT KEMBALI PILIHAN yang terbaik, seolah kita mempu mengubahnya.
Mampu untuk mencoraknya, sesuai dengan kamahuan kita..


Tidak percayakan kita pada RUKUN IMAN, PERCAYA QADA DAN QADAR
Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu
Kadang kesilapannya dalam memilih sesuatu keputusan yang berat
yang telah mengubah masa hidupnya.
Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.
Tak perlu KITA BICARAKAN apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..


Yang mana kini
Berdiri kita sekarang DALAM REALITI
Bukan dalam bayang-bayang sendiri
Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri
umpama seseorang yang tiada pegangan diri mengejar impian..
Berhenti menangis sesuatu suratan yang berlalu
Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya
Usah dikenang salah lama dan terus menghantui DALAM MASA DEPAN…



No comments: