بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

HIDUP INI SINGKAT UNTUK MERASA MENYESAL..

HIDUP INI SINGKAT UNTUK MERASA MENYESAL..


Kehidupan kita ini
sebenarnya terlalu singkat untuk dinikmati dalam penyesalan.
Malah, kita akan berasa rugi sentiasa dan akhirnya,keluhan yang akan menjadi sahabat setia kita..


Sahabat,
kita harus bersedia
untuk mempelajari sesuatu bagi memaknakan kehidupan ini,
dan sentiasa mahu untuk belajar daripada kesilapan.
Usah dibiarkan rasa penyesalan itu menjadi bayang-bayang yang sentiasa mengikut kita..


Pejam mata,
fikirkan kemahuan dan impian kita.
Jayakan ia sebagaimana kecil dahulu, kita riang sebagai seorang kanak-kanak. Kita bebas dan mahu menjadi apa sahaja.
Kita berasa amat hebat kerana sentiasa mencuba dan mencuba..


Bergeraklah daripada rasa penyesalan kita di dalam hidup yang amat singkat ini.
Berusaha dengan perancangan, teliti dalam pelaksanaan,
insyaAllah akan membantu kita meninggalkan rasa penyesalan jauh ke belakang..
Dari situ,
kita akan menemui simpang baru dalam kehidupan,
jalan yang tenang untuk kita lalui dalam usaha mencari kedamaian abadi..


Sahabat, Yakinlah...
berhentilah menghukum diri sendiri daripada rasa yang boleh membunuh hati untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur.
Manfaatkan setiap detik nadi kita sebagai abdi kepada Tuhan..


Percayalah...
apabila anda merasakan segar pada setiap hari baru,
merasainya panasnya bahang mentari,
kita sebenarnya diberi rahmat untuk mempunyai keupayaan menghadapi hidup pada hari baru dan menariknya,
dengan setiap masa yang ada,
KITA mempunyai pilihan untuk meninggalkan masa lalu yang merugikan di dalam hidup setiap diri kita...


Yakinlah... KITA sebenarnya boleh ...

No comments: