بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

SETIAP KEGAGALAN MEMATANGKAN KITA..

KATAK OH KATAK..
Sekumpulan katak
berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu,
akibat tidak berhati-hati ketika melompat..

Mereka melihat kedalaman perigi tersebut, ternyata ia sangat dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.
“Kamu tawakal sahajalah, mungkin itu nasib kamu!”
Jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu..
“Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak yang lain.
“Itulah kamu, kenapa cuai sangat ketika melompat, itulah padahnya”, 
kata katak yang lain..

Namun
kedua-dua ekor katak tersebut tetap berusaha untuk naik ke atas
dengan melompat dan ternyata masih gagal.
Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya MEMBUNUH HARAPAN mereka..

Setelah agak lama mencuba,
salah seekor katak telah berputus asa.
Badannya sakit-sakit dan lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula makin lemah.
Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi..

Ditambah pula semangat lumpuh
dek kata-kata yang membunuh semangat mereka.
Tidak berapa lama kemudian katak tersebut mati.
Kumpulan katak-katak hanya mampu melihat dari atas.
Melihat rakannya yang telah mati,
katak seekor lagi meneruskan lompatan..

“Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati?
Kamu pun akan menyusul sama, Simpan saje tenaga yang kau ada.
Buat kali terakhir, kamu mahu makan apa?
Nanti kami sediakan untuk kamu.”
Kata katak-katak dari atas..

Namun katak itu tidak mempedulikan kata-kata kawanya itu.
Dia terus melompat.
Akhirnya seperti ada satu semangat baru,
katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar..

Takjub melihat apa yang berlaku,
seekor katak menemu ramah :
“Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima hakikat yang mungkin kamu jua akan tetap mati?”

“Sebenarnya telinga saya kurang dengar ( pekak ).
Saya ingatkan kamu semua MEMBERI SEMANGAT kepada saya untuk terus melompat.
saya melihat mulut kamu menjerit sesuatu,
seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha untuk keluar.”


Semalam kita MERANGKAK,
pagi ini kita berjalan, belum tentu KITA AKAN BERLARI di esok hari..
Hitam tak selamanya hitam,
kadang kala akan memutih seperti rambut yg mulai beruban…

No comments: