بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ SELAMAT DATANG . Bukan mudah TERSENYUM ketika hati sedang MENANGIS... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu sebahagian kasih ILAHI... Bukan mudah BANGUN dalam keadaan KECEWA... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH sedang menguji kita... Bukan mudah untuk MEMBERI ketika diri KEKURANGAN tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari kita perlu BERKORBAN... Bukan mudah untuk MEMAAFKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian cara PENYUCIAN DIRI... Bukan mudah melupakan KEGAGALAN ketika kita masih terkurung didalamnya... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah PERMULAAN... Bukan mudah MELUPAKAN masa lalu yang MENYAKITKAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari hanya itu jalan yang harus ditempuhi untuk menuju KEBAHAGIAAN... Bukan mudah menghilangkan DUKA akibat dikhianati... Tapi akan terasa mudah ketikta kita menyedari bahawa Tuhan hanya menguji kita untuk menuju kejalan yg diredhai... Bukan mudah menghadapi DERITA dan bermacam CUBAAN... Tapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa ALLAH berikan kita KEKUATAN dan KESABARAN untuk tempuhinya kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi KEMAMPUAN hambanya... Moga apa yang dikongsikan akan mendatangkan MANFAAT... Yang BAIK JADI TELADAN DAN YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN..

Saturday 12 October 2013

SIAPA KITA...

POKOK DAN MANCIS


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak,oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar..


Kita mempunyai kepala, dan juga otak,jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.Ketika burung hidup, ia makan ulat,Ketika burung mati, ulat makan burung.


Waktu terus berputar sepanjang zaman.
Kitaran kehidupan terus berlaku.
Jangan merendahkan siapapun dalam hidup,
bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.


Waktu kita sedang berjaya,
kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting,
jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia..



Hidup tidaklah lama,
sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi,
juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat..
Believe in "Cause and Effect"
Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .
Wassalam…

No comments: